1 Pengisar kopi (jika anda ingin menggunakan biji kopi yang belum dikisar)
1 Penimbang kopi
1 Koleh kopi
Bahan-bahan
14-18grambiji kopi espreso (dark roast) atau
1tbspserbuk kopi halus (panggangan gelap)
100-120mlair panas
Cara-cara
1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
2. Masukkan air panas sehingga 2/3 penuh ke dalam koleh kopi (tinggalkan 1/3 ruang untuk espreso)
3. Sekiranya anda menggunakan biji kopi, kisar biji kopi anda dahulu kepada tetapan yang paling halus.
4. Masukkan 1 sudu besar (1 shot) serbuk kopi ke dalam portafilter.
5. Mampatkan serbuk kopi tersebut dengan pemampat. Lakukan sebanyak 2 hingga 3 kali bagi memastikan serbuk kopi tersebut mampat dengan sempurna.
6. Tempatkan portafilter tadi ke dalam group head mesin espreso dan ketatkan ditempatnya.
6. Letak cawan demitasse atau cawan kopi yang lain di bawah group head dan tarik syot (shot) selama 23 hingga 30 saat. Biasanya terdapat butang atau suis untuk memulakan proses ini.
7. Tuang espreso tadi ke dalam koleh (mug) kopi yang mengandungi air panas tadi.
8. Kopi Americano anda sedia untuk diminum.
Nota
Anda boleh memilih untuk menggunakan 1 syot atau 2 syot espreso bergantung kepada citarasa anda.