Kopi Americano adalah variasi yang turut digemari ramai. Jika anda sering melihat filem atau drama Korea, anda mungkin selalu mendengar mereka memesan kopi Americano. Sekiranya anda mempunyai mesin espreso sendiri, anda boleh mencuba membuat kopi Americano anda sendiri melalui cara membuat kopi Americano yang disediakan di sini.
Cara membuat kopi Americano boleh dikatakan lebih mudah berbanding variasi kopi yang lain kerana ia tidak melibatkan susu atau krim.
Rahsia untuk menghasilkan minuman kopi Americano yang sempurna adalah nisbah antara espreso dan air panas. Lazimnya, nisbah 1/3 espreso dan 2/3 air panas digunakan untuk membancuh minuman ini.
Minuman kopi Americano menawarkan banyak ruang untuk pemperibadian dan penyesuaian nisbah. Jangan ragu-ragu untuk bereksperimen dengan menggunakan perkadaran berbeza dalam resepi dan menambah pelbagai ramuan tambahan dalam minuman kopi Americano anda.
Cara Membuat Kopi Americano
Resepi Americano
Peralatan
- 1 Mesin espreso
- 1 Cawan kopi atau cawan demitasse
- 1 Pengisar kopi (jika anda ingin menggunakan biji kopi yang belum dikisar)
- 1 Penimbang kopi
- 1 Koleh kopi
Bahan-bahan
- 14-18 gram biji kopi espreso (dark roast) atau
- 1 tbsp serbuk kopi halus (panggangan gelap)
- 100-120 ml air panas
Cara-cara
- 1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
- 2. Masukkan air panas sehingga 2/3 penuh ke dalam koleh kopi (tinggalkan 1/3 ruang untuk espreso)
- 3. Sekiranya anda menggunakan biji kopi, kisar biji kopi anda dahulu kepada tetapan yang paling halus.
- 4. Masukkan 1 sudu besar (1 shot) serbuk kopi ke dalam portafilter.
- 5. Mampatkan serbuk kopi tersebut dengan pemampat. Lakukan sebanyak 2 hingga 3 kali bagi memastikan serbuk kopi tersebut mampat dengan sempurna.
- 6. Tempatkan portafilter tadi ke dalam group head mesin espreso dan ketatkan ditempatnya.
- 6. Letak cawan demitasse atau cawan kopi yang lain di bawah group head dan tarik syot (shot) selama 23 hingga 30 saat. Biasanya terdapat butang atau suis untuk memulakan proses ini.
- 7. Tuang espreso tadi ke dalam koleh (mug) kopi yang mengandungi air panas tadi.
- 8. Kopi Americano anda sedia untuk diminum.