Anda sudah bosan dengan kedai kopi biasa? Anda inginkan kedai kopi atau kafe yang lebih menarik dan unik di negeri Perak ini?
Kami senaraikan kepada anda 5 kedai kopi atau kafe yang menarik dan unik di negeri Perak untuk dikunjungi oleh anda.
1. Kopi Satu Satu Sembilan & Titik Santap
Jika anda berada di Taiping dan tercari-cari kedai kopi untuk bersarapan, kedai Kopi Satu Satu Sembilan adalah destinasi menarik yang wajib anda kunjungi.
Berkonsepkan “coffee house“, Kopi Satu Satu Sembilan ini menyediakan pelbagai menu kopi seperti americano, latte, caramel latte, caramel macchiato , strawberry latte dan lain-lain lagi.
Jika anda ingin menjamu selera, pelbagai hidangan untuk sarapan pagi dan makan tengah hari boleh dipesan di sini.
Alamat: No. 119, Jalan Sultan Idris, Taman Tupai Mas, 34000 Taiping, Perak
Waktu Operasi: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (setiap hari kecuali Isnin)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
2. Kopi Depan Rumah
Satu lagi lokasi kedai kopi yang unik dan menarik di Ipoh, Perak. Kopi Depan Rumah ini terletak di hadapan rumah banglo yang menyajikan anda satu kelainan.
Kopi Depan Rumah menyediakan pelbagai menu kopi seperti latte, mocha, strawberry latte, caramel latte, kopi kampung, KDR Dolce latte, panda gula melaka latte dan lain-lain.
Jika anda berminat dengan kopi turas, Kopi Depan Rumah turut menyediakan kopi turas seperti Bagan Ningrat dan Bolivia Trapiche.
Alamat: No.3, Persiaran Bukit Meru 11, Meru Heights, 30020 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 5.00 petang hingga 11.00 malam (Rabu-Jumaat), 2.00 petang hingga 12.00 pagi (Sabtu) dan 12.00 tengah hari hingga 6.30 petang (Ahad). Tutup pada Isnin dan Selasa.
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
3. EspressOoi Cafe
Sebuah lagi kedai kopi menarik di Ipoh, Perak. Kafe EspressOoi menyajikan kepada anda pelbagai menu kopi termasuklah affogato dan caramel macchiato.
Anda mesti mencuba kopi istimewa mereka iaitu “Kopi Ayah” dan “Kopi Jebat”.
Alamat: 27, Jln Meru Bestari A3, Medan Meru Bestari, 30020 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 11.00 pagi hingga 6.45 petang (dibuka setiap hari kecuali Ahad)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
4. Pondok Kopi 68.
Bagi anda yang mencari “port” baru dan inginkan kelainan, Pondok Kopi 68 mungkin pilihan yang tepat.
Pondok Kopi 68. adalah “port ngopi” yang terletak di perkarangan rumah. Maka, jangan pelik jika alamat ini membawa anda ke kawasan perumahan.
Pondok Kopi 68. mempunyai kepakaran dalam kopi turas dan membolehkan anda merasai kelainan profil kopi. Anda juga boleh mendapatkan kopi daripada biji kopi yang berbeza.
Pastikan anda memaklumkan kepada barista, rasa kopi yang sesuai dengan citarasa anda. Mereka boleh mencadangkan kopi yang sesuai untuk anda.
Alamat: 68, Jalan Koperasi 5, Bandar Baru Tambun, 31400 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 11.00 pagi hingga 6.00 petang (Sabtu & Ahad sahaja)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
5. Ngopdul Coffee Ipoh
Bagi anda yang meminati minuman frappe, kedai kopi Ngopdul ini adalah destinasi yang wajib anda terjah.
Mereka menyediakan pelbagai menu frappe seperti mocha, caramel macchiato, shortbread macchiato, mocha praline dan lain-lain lagi.
Alamat: 69A, Jalan Rokam, Pekan Razaki, 31350 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 12.00 tengah hari hingga 10.00 malam (buka setiap hari kecuali Ahad)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
6. Drogato Coffee
Jangan ingat di Gerik tiada kopi mesin. Drogato Coffee adalah kedai kopi yang anda perlukan di Gerik, Perak.
Bagi anda yang ingin menikmati pelbagai variasi kopi dibru, anda boleh singgah ke Drogato Coffee.
Mereka ada menyediakan pelbagai menu kopi seperti espreso, americano, cappuccino, cafe latte, asian dolce latte, black sugar latte, creme brulee latte, popcorn latte, vanila latte, caramel latte dan pelbagai minuman yang bukan berasaskan kopi.
Alamat: 16 A, Jln Mat Saman Utama, 33300 Gerik, Perak
Waktu Operasi: 9.00 pagi hingga 9.00 malam (Selasa-Ahad); 9.00pagi hingga 12.00 tengah hari & 3.00 petang hingga 9.00 malam (Jumaat); Tutup: Isnin.
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim