Kopilogi ialah sebuah laman sesawang berkaitan kopi di Malaysia. Laman sesawang ini menjadi sumber atas talian untuk perkara-perkara berkaitan dengan kopi termasuklah fakta atau informasi berkaitan kopi, resepi, peralatan yang digunakan untuk menghasilkan minuman kopi dan lain-lain lagi.
Kopilogi ialah gabungan daripada dua perkataan iaitu “kopi + logi”. Kopi bermaksud sejenis tumbuhan (pokok dan bijinya yg digoreng dan dijadikan serbuk untuk dibuat minuman) manakala logi pula adalah istilah yang menunjukkan cabang ilmu atau kajian subjek tertentu.
Kami mencipta kandungan yang mendidik dan bermanfaat kepada pengemar kopi dan mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia kopi.
Misi Kami
Misi kami adalah untuk menjadi sebuah platform yang menjadi rujukan oleh pengemar kopi dan orang awam untuk mendapatkan maklumat dan menjawab persoalan-persoalan berkaitan kopi.
Hubungi
Pengguna laman sesawang ini boleh menggunakan borang di halaman Hubungi sekiranya terdapat sebarang aduan, saranan atau persoalan.