Setelah puas meronda di Padang Besar, anda boleh jalan-jalan cari makan sekitar negeri Perlis ini. Bagi pencinta kopi, Kangar mempunyai banyak “port” atau kedai kopi yang menarik yang boleh anda terjah!
Walaupun ramai yang menganggap negeri Perlis ini kecil, tetapi siapa sangka sebenarnya terdapat banyak kedai kopi atau kafe yang menarik yang boleh dikunjungi. Masing-masing mempunyai keunikan yang tersendiri.
Bagi memudahkan anda, kami senaraikan kepada anda 7 kedai kopi atau kafe yang menarik di negeri Perlis untuk dikunjungi oleh anda.
1. Ahli Kopi Kangar
Kedai kopi menarik yang pertama yang anda boleh berkunjung di negeri Perlis ini adalah kedai kopi Ahli Kopi Kangar.
Dengan harga yang mampu milik, anda boleh mendapatkan pelbagai menu kopi di sini. Contohnya seperti cafe latte, cappuccino, mocha, long black dan flat white.
Ramai yang mengatakan bahawa kopi di sini sedap! Jadi, anda boleh mencubanya sendiri.
Alamat: Jalan Penjara, Pusat Bandar Kangar, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: 8.45 pagi hingga 7.00 malam (buka setiap hari kecuali Ahad)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
2. Ngopi@Kangar
Ngopi@Kangar ini popular dengan kopi dan sandwicnya. Tidak lupa juga kedai kopi ini juga turut menghidangkan pastri.
Jadi bagi pencinta kopi, anda boleh menikmati kopi yang baru dibru bersama-sama dengan sandwic yang sedap!
Alamat: No. 51, Tingkat Bawah, Bangunan Koperasi Pegawai Kerajaan, 01000 Kangar, Perlis.
Waktu Operasi: 11.00 pagi-7.00 malam (Sabtu hingga Khamis); Tutup: Jumaat
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
3. Leka Kopi dan Roti
Leka kopi dan roti (LekaXcups) adalah antara kedai kopi dan roti yang terbaik di bandar Kangar, Perlis. Mereka menyediakan pelbagai menu kopi dan pastri yang sedap dan lazat.
Jadi, jika ke sini, anda bukan sahaja dapat menikmati kopi yang sedap, malah anda boleh menikmati pelbagai pastri dan roti yang sedap!
Alamat: Kampung Sena, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 11.00 malam (Isnin hingga Ahad)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
4. Gereg Cafe
Gereg Cafe adalah kafe yang menyediakan hidangan ala barat yang lazat berserta hidangan kopi yang segar.
Kafe ini juga menyediakan tempat yang agak kondusif untuk anda melepak bersama-sama kawan atau keluarga untuk menikmati secawan kopi atau makanan ala barat.
Selain harga yang berpatutan, Gereg Cafe turut menyediakan pulangan tunai (cashback) sekiranya anda mendaftar e-mel anda di kaunter untuk pembayaran. Invois akan terus dihantar melalui e-mel anda. Jadi boleh mengurangkan penggunaan kertas!
Alamat: Lot 1800-A, Jalan Kampung Pondok, Kampung Pondok, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: 12.00 tengah hari – 9.00 malam (Isnin-Khamis), 4.00 petang hingga 10.00 malam (Jumaat & Sabtu), Tutup: Ahad.
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
5. Koffee Kitchen
Koffee Kitchen yang terletak di Kg. Guar Syed Alwi ini adalah kedai kopi menarik di Perlis yang seterusnya patut anda kunjungi.
Selain menyediakan kopi yang dibru, anda juga boleh menikmati pelbagai pencuci mulut seperti kek. Anda boleh mencuba sajian istimewa mereka iaitu Medovic Berrytachio!
Alamat: 27, Exit Jalan Raja Syed Alwi, Kampung Guar Syed Alwi, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: 2.30 petang hingga 11.30 malam (Selasa hingga Ahad), 3.30 petang hingga 12.30 pagi (Jumaat), Tutup: Isnin.
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
6. Kopi Kebun
Jika anda inginkan kelainan, kedai Kopi Kebun harus menjadi destinasi wajib untuk anda kunjungi ketika berada di negeri Perlis.
Berkonsepkan kepada konsep kebun bunga dan Harumanis, kedai Kopi Kebun menyediakan kopi segar berserta hidangan sampingan seperti pastri, nasi lemak dan mi.
Untuk mendapatkan suasana yang sejuk dan nyaman, waktu pagi adalah waktu yang paling sesuai untuk anda berkunjung ke kedai kopi ini.
Alamat: Lot 20476, Kampung Sentua, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: 9.00 pagi hingga 6.30 petang (Setiap hari)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
7. Caffe OD
Seterusnya, kita keluar sedikit daripada Kangar dan menuju ke Arau. Jangan bimbang kerana Arau juga mempunyai kedai kopi bru yang unik!
Caffe OD ini terletak berdekatan dengan Taman Guar Gajah dan anda boleh melihatnya dari jalan utama. Anda boleh menikmati pelbagai jenis sajian kopi di sini berserta kek batik yang sedap!
Jadi, apa tunggu lagi, jom terjah!
Alamat: Taman Guar Gajah, 02600 Arau, Perlis
Waktu Operasi: 5.00 petang hingga 12.00 malam (dibuka setiap hari)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim