Kalau selalunya orang ke Melaka mencari asam pedas, kali ini kita ke Melaka mencari kedai kopi atau kafe menarik yang menghidangkan kopi premium!
Negeri yang penuh sejarah ini juga turut mempunyai kedai kopi yang mempunyai keistimewaan dan keunikan masing-masing.
Bagi memudahkan anda, kami cadangkan 7 kedai kopi atau kafe menarik di sekitar negeri Melaka yang boleh anda kunjungi:
1. ZENIA Coffee & Roastery House
Salah satu permata kopi di negeri Melaka, Zenia Coffee terletak di Kampung Harmoni Bemimbing Dalam, Durian Tunggal.
Kedai kopi atau kafe mereka ini sangat sesuai untuk anda yang inginkan ketenangan sambil menghirup secawan kopi.
Dengan harga yang berpatutan, anda boleh menikmati pelbagai variasi kopi yang dibru segar seperti espreso, caffe latte, cappuccino, black coffee, affogato, flat white, mocha dan pelbagai variasi latte.
Selain itu, anda boleh menikmati pelbagai menu masakan panas serta roti john dan sate.
Alamat: Kampung Harmoni Belimbing Dalam, 76100 Durian Tunggal, Melaka.
Waktu Operasi: 5.30 petang hingga 9.30 malam (Isnin-Ahad); Tutup: Jumaat.
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
2. Bruh Kitchen
Jika anda peminat masakan barat, Bruh Kitchen adalah lokasi yang wajib anda terjah!
Selain boleh menikmati makanan barat ala-ala Texas BBQ, anda juga boleh menikmati kopi yang dibru segar. Kopi istimewa di sini adalah BRUH! Latte dan BRUH! Black Rose.
Alamat: Lot 25&27, Jalan KF 1 Lot Kota Fesyen MITC, Mukim Bukit Baru, 75400 Ayer Keroh, Melaka
Cawangan: Lot 689-2, Jalan Puteri Hang Li Poh, Kg. Durian Daun Dalam, 75400 Ayer Keroh, Melaka.
Waktu Operasi: 11.30 pagi hingga 10.30 malam (Rabu-Isnin); Tutup: Selasa
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
3. CORM
CORM adalah salah satu kedai kopi atau kafe indie menarik yang terletak di Jasin, Melaka.
Mereka menyediakan tempat yang selesa untuk anda menikmati kopi istimewa mereka. Bagi anda yang ingin mencuba, mereka menghidangkan pelbagai variasi kopi seperti espreso, americano, latte, affogato, tonic, mocha dan minuman teh.
Selain itu, anda juga boleh menjamu selera dengan menu seperti pasta, tortilla, kek, roti dan cakoi. Ramai yang cakap cakoinya sedap!
Alamat: JC1111, Tingkat 1, Jalan Bestari 1, Seksyen 02, Bandar Jasin Bestari Bemban, 77200 Jasin, Melaka
Waktu Operasi: 6.00 petang hingga 12.00 malam (Khamis-Selasa); Tutup: Rabu
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
4. Ngeteh Cafe
Jika anda inginkan suasana alam yang mendamaikan sambil menikmati kopi anda, Ngeteh Cafe adalah jawapannya.
Walaupun variasi kopinya masih terhad, tetapi persekitarannya amat mendamaikan. Terletak di tepi pantai, Ngeteh Cafe menjanjikan pemandangan yang cantik dan kopi yang sedap.
Alamat: Batu 27, Jalan Kampung Pantai, Kampung Pantai, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka
Waktu Operasi: 3.00 petang hingga 7.00 malam (Selasa-Ahad); Tutup: Isnin
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
5. Daq One’s Coffee and Co
Jika anda mencari kopi dibru di Masjid Tanah, Daq One’s Coffee dan Co adalah destinasinya.
Mereka menyajikan pelbagai variasi kopi seperti latte, picolo latte, long black, flat white, cappuccino, caramel macchiato, mocha dan affogato.
Untuk makanan ringan pula, anda boleh mencuba corndog, nugget,lok-lok goreng, croissant, pankek, lasagna dan kek.
Alamat: Batu 23, Kampung Solok Mangga, Kampung Tanjong Bidara, 78300 Masjid Tanah, Malacca
Waktu Operasi: 12.30 tengah hari hingga 11.00 malam (Khamis-Selasa); 2.30 petang hingga 11.00 malam (Jumaat); Tutup: Rabu.
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
6. Kafe Tuju
Terletak di lorong kecil, Kafe Tuju adalah kedai kopi atau kafe menarik yang seterusnya yang patut anda kunjungi di Melaka.
Berkonsepkan retro atau klasik, Kafe Tuju menyajikan pelbagai hidangan kopi sama ada yang panas atau sejuk. Kopi istimewa mereka adalah Kopi Tuju (Coffee Tuju).
Bagi makanan pula, anda patut mencuba Padang Bowl mereka.
Alamat: No.5, Lorong Jambatan, Kampung Jawa, 75200 Melaka
Waktu Operasi: 12.00 tengah hari hingga 10.00 malam (Isnin-Khamis); 12.00 tengah hari hingga 12.00 tengah malam (Jumaat-Ahad)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
7. Membawang Cafe
Agak unik namanya, Membawang Cafe boleh menjadi tempat untuk anda “membawang” sambil menikmati kopi dibru dan makanan yang sedap.
Di sini anda boleh mendapatkan minuman kopi yang dibru segar dan minuman bukan berasaskan kopi.
Bagi makanan pula, mereka menyediakan makanan melayu Melaka, makanan barat, makanan Asia dan pencuci mulut seperti wafer, kek dan aiskrim.
Alamat: No. 166, Jln. Bunga Raya, Pengkalan Rama, 75100 Melaka
Waktu Operasi: 2.00 petang hingga 9.30 malam (Isnin-Sabtu); Tutup: Ahad.
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim