Terdapat banyak jenis cawan dan gelas yang digunakan untuk menghidangkan kopi. Setiap satunya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Sesetengah cawan atau gelas ini direka khusus untuk mengisi jenis kopi tertentu.
Sesetengah cawan boleh memberi kesan kepada keseronokan anda apabila meminum kopi kegemaran anda. Daripada fungsi kepada saiz, kami senaraikan 10 jenis cawan dan gelas kopi yang direka khusus untuk setiap jenis kopi.
1. Cawan Demitasse
Saiz: Kira-kira 60ml
Cawan demitasse atau turut dikenali sebagai cawan espreso adalah cawan kecil yang direka untuk diisi espreso.
Cawan ini mempunyai dasar yang kecil dan besar pada bahagian bibirnya.
Adalah penting bahawa cawan demitasse tidak terlalu besar kerana ini boleh menyebabkan crema merebak, menjadi terlalu nipis dan cepat pudar.
Kopi Macchiato turut dihidangkan dalam cawan ini.
2. Koleh Kopi Standard
Saiz: Kira-kira 350 ml
Koleh (mug) kopi standard adalah koleh yang lazimnya digunakan dirumah untuk menikmati kopi kegemaran anda.
Terdapat banyak bentuk, saiz dan bahan yang digunakan untuk membuat koleh ini.
Ia bergantung kepada pilihan masing-masing.
3. Cawan Cappuccino
Saiz: Kira-kira 180 ml
Cawan cappuccino mempunyai tapak yang kecil dan bahagian bibir cawan yang besar.
Ini adalah atas sebab yang sama seperti cawan demitasse atau espreso, kecuali dengan cawan cappuccino, syot espreso kekal lebih pekat di dasar yang sempit. Cawan berbentuk kubah ini juga akan membolehkan hiasan buih yang sempurna.
Cawan cappuccino Itali lebih kecil berbanding cawan cappuccino standard.
4. Cawan Flat White
Saiz: Kira-kira 160 ml
Cawan untuk menghidangkan kopi flat white mempunyai saiz yang lebih kecil daripada cawan cappuccino dan mempunyai bentuk seperti bunga tulip.
Saiz cawan flat white membolehkan rasa kopi kekal menonjol, serta mempunyai tekstur licin dan berkrim.
5. The Bowl/Bol
Saiz: Kira-kira 160 ml
Cawan jenis ini lebih lazim digunakan untuk menikmati kopi di Perancis.
Cawan the bowl atau bol ini digunakan untuk meminum café au lait (kopi dengan susu).
Biasanya, cawan ini dipegang menggunakan kedua-dua belah tangan dan diminum seperti sup.
6. Cawan Latte
Saiz: Kira-kira 220 ml
Cawan latte kelihatan sama seperti cawan cappuccino tetapi lebih besar (220 ml).
Tetapi orang Itali menggunakan gelas untuk menghidangkan kopi latte mereka kerana ingin menunjukkan lapisan-lapisan latte tersebut.
Cawan latte juga boleh membantu pembuat kopi (barista) mencapai kuantiti espresso, susu dan buih yang betul.
7. Gelas Kopi Irish
Saiz: Kira-kira 250 ml
Gelas kopi Irish tidak seperti cawan kopi yang lain kerana diperbuat daripada kaca dan mempunyai batang pendek untuk menaikkan minuman tersebut.
Memandangkan gelas kopi Irish jernih, ia membolehkan peminumnya melihat lapisan kopi dan krimnya yang cantik.
8. Gelas Cortado
Saiz: Kira-kira 135 ml
Cortado adalah wajah baru dalam dunia kopi. Bermula di Blue Bottle Café di San Francisco, gelas Gibraltar digunakan untuk membuat minuman ini.
Memandangkan terlalu kecil untuk cawan kopi mereka, pembuat kopi (barista) mula membuat cortado secara tidak sengaja di dalam gelas ini.
9. Cawan Kopi Turki
Saiz: Kira-kira 75 ml
Cawan kopi Turki kelihatan sama seperti cawan demitasse kerana saiznya yang kecil, walau bagaimana ia berbeza.
Kopi Turki mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada espreso kerana cara ia dibuat. Oleh itu, cawan kopi mesti menahan suhu dan mengekalkan suhu tinggi yang stabil.
Minuman kopi ini juga direka untuk dinikmati dalam jangka masa yang lama, bukan seperti espreso.
Cawan kopi Turki selalunya diperbuat daripada porselin dan mempunyai tahap ketebalan yang sesuai untuk mengekalkan suhu ini.
10. Koleh Perjalanan (Travel Mug)
Saiz: Kira-kira 350-600 ml
Sesetengah orang ingin membawa cawan kopi mereka semasa dalam perjalanan, dan koleh perjalanan ialah jenis cawan atau gelas kopi yang sesuai untuk mereka.
Terdapat pelbagai jenis koleh perjalanan yang boleh anda temui di pasaran. Jadi, anda perlu menyemak beberapa perkara sebelum membeli koleh anda.
Semak berapa lama ia boleh mengekalkan haba, periksa penutup dan kekedapan kerana kopi tidak boleh bocor semasa dalam perjalanan, periksa cengkaman untuk pegangan yang betul, dan betapa mudahnya ia boleh dicuci.