Mungkin anda teringin menghasilkan kopi di rumah yang mempunyai rasa yang sama seperti yang anda nikmati di kafe-kafe terkemuka atau kafe hipster. Salah satu rahsianya adalah susu! Terdapat beberapa jenama susu terbaik yang biasanya digunakan oleh barista untuk membru kopi.
Untuk membantu anda, kami senaraikan di sini beberapa jenama susu terbaik untuk membru kopi yang biasanya boleh didapati secara atas talian atau kedai-kedai tertentu.
Penggunaan susu yang sesuai turut memainkan peranan terhadap rasa kopi anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah memilih susu yang mempunyai rasa yang sesuai dengan citarasa anda.
1. Barista Milk (Fresh Milk)
Barista Milk keluaran F&N Magnolia ini dirumus khusus kepada barista untuk menghasilkan kopi yang sedap.
Kopi ini mempunyai keupayaan untuk berbuih yang baik menjadikannya sebagai pelengkap sempurna untuk menghasilkan kopi yang lebih aromatik, daripada cappuccino klasik kepada mocha kafe yang lazat.
Status halal: Halal JAKIM
2. MILKLAB Dairy UHT Milk
MILKLAB Dairy UHT Milk adalah jenama susu terbaik untuk kopi yang seterusnya yang boleh anda pilih.
MILKLAB Dairy ialah susu barista eksklusif yang dibangunkan untuk kopi espreso. MILKLAB Dairy ialah 100% produk buatan dan dimiliki Australia.
Kelebihan susu ini adalah ia mengekalkan rasa segar susu dengan tarikh luput yang lebih lama seperti susu UHT.
Status halal: Halal AHAA (Australian Halal Authority & Advisers)
3. UHT Yarra Farm Master Barista
Susu UHT Yarra Farm Master Barista dihasilkan khusus untuk barista dengan mempunyai tarikh tamat guna yang lebih lama.
Susu UHT Yarra Farm Master Barista mempunyai rasa susu yang agak tebal dan rasa tepung yang jelas. Biasanya, apabila digabungkan dengan kopi, rasanya sedikit kuat berbanding kopi.
Status halal: Halal JAKIM
4. Nestlé Professional Full Cream
Nestlé Professional Full Cream milk ini dihasilkan daripada bahan-bahan yang diimport daripada Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.
Susu ini mempunyai profil rasa berkrim dan bersusu. Susu ini juga mudah untuk dibuihkan dan terbaik untuk seni kopi.
Status halal: Halal JAKIM
5. Dutch Lady Professional UHT
Dutch Lady Professional Full Cream Milk ini direka khusus untuk golongan profesional menghasilkan minuman seperti kopi.
Susu ini mempunyai profil rasa yang kaya dan berkrim. Ia dirumus khas untuk memberikan buih mikro yang halus dalam kopi.
Ia juga datang dengan rasa yang seimbang, sempurna apabila dicampur dengan bahan lain. Dutch Lady Professional Full Cream milk ini mempunyai tarikh luput sehingga 10 bulan bagi yang belum dibuka.
Status halal: Halal JAKIM
6. Australia’s Own Barista
Susu Australia’s Own Barista ini sesuai untuk anda yang mempunyai alahan susu atau tak tolerans laktosa.
Susu berasaskan tumbuhan ini terdiri daripada susu kacang badam, susu kacang macadamia dan susu oat. Susu ini dihasilkan dengan bahan-bahan yang berkualiti dan mempunyai rasa yang kaya dan berkrim.
Ia juga sesuai untuk distim, dibuihkan atau diudarakan.
Status halal: Tiada