Sesetengah orang mungkin lebih meminati kopi segera berbanding kopi dibru. Resepi kopi O ais ini adalah resepi ringkas yang boleh anda cuba.
Kopi O adalah panggilan tempatan kepada kopi yang tidak dicampurkan susu. Jika diluar negara, ia mungkin dikenali sebagai Americano.
Asasnya, kopi O hanya menggunakan serbuk kopi dan gula (pilihan). Apa yang membezakannya bagi setiap individu mungkin teknik penyediaan minuman ini.
Peralatan yang Diperlukan
Peralatan yang diperlukan untuk menikmati kopi O ais adalah:
- Gelas
- Jag bersaiz 500ml
Cara Membuat Kopi O Ais yang Sedap
Resepi Kopi O Ais
Peralatan
- 1 Gelas
- 1 Jag bersaiz 500 ml
Bahan-bahan
- 1-2 tsp serbuk kopi Nescafe Original
- 30 ml air panas
- 10-12 kiub ais bersaiz sederhana
- 195 ml air sejuk
- 1 tbsp gula perang (pilihan)
Cara-cara
- 1. Campurkan kopi segera Nescafe Original dengan air panas. Tambah gula perang, jika anda menyukainya. Kacau dengan sempurna dan ketepikan.
- 2. Tambahkan air ke dalam gelas minuman.
- 3. Tuang air sejuk ke dalam gelas yang berisi ais tadi. Tetapi, tinggalkan ruang untuk dimasukkan air kopi yang disediakan pada langkah pertama tadi.
- 4. Tuang kopi yang disediakan pada awal tadi dengan perlahan-lahan ke dalam gelas yang berisi ais dan air sejuk tadi.
Nota
Anda boleh menggunakan jenama atau serbuk kopi pilihan anda selain daripada serbuk kopi Nescafe.