Bagi anda yang menyukai kelainan, resepi kopi Arab ini mungkin sesuai untuk dicuba. Cara membuatnya adalah mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak.
Kopi ini disediakan dengan merebusnya di atas dapur dalam pot kecil yang dipanggil briki. Apabila siap, ia dipindahkan ke pot kopi berhias yang dipanggil Dallah untuk dihidangkan.
Walaupun terdapat banyak versi, kopi Arab biasanya dihidangkan dengan rasa yang kuat dan tidak manis, hanya diperisakan oleh buah pelaga.
Penyediaan kopi Arab ini hampir sama bagi negara-negara liga Arab seperti Arab Saudi, Turki, Mesir dan Lubanan. Apa yang membezakannya adalah penggunaan perisa seperti saffron, bunga cengkih dan buah pala.
Peralatan yang Diperlukan
Peralatan yang diperlukan untuk menikmati kopi arab adalah:
- Pot kecil atau Turkish briki
- Cawan kopi kecil atau demitasse
- Penapis (pilihan)
- Pengisar kopi dan rempah
Cara Membuat Kopi Arab
Resepi Kopi Arab
Peralatan
- 1 Cawan kopi kecil atau demitasse
- 1 Pot kecil atau Turkish briki
- 1 Penapis (pilihan)
- 1 Pengisar kopi dan rempah (pilihan)
Bahan-bahan
- 2 tbsp serbuk kopi yang dikisar halus
- 1 tbsp serbuk pelaga
- 1/4 cawan air
- 1 tbsp gula (mengikut rasa masing-masing)
Cara-cara
1. Sediakan Pot Kopi Briki
- Langkah pertama dalam membuat kopi Arab ialah menyediakan pot kopi. Tuang air dan gula (jika perlu) ke dalam pot atau briki. Dengan menggunakan api sederhana, rebus sehingga mendidih.
2. Tambah Kopi dan Serbuk Pelaga
- Apabila air anda telah mendidih, tambahkan serbuk kopi dan pelaga ke dalamnya dengan berhati-hati.
3. Didihkan Kembali
- Perhatikan dengan rapat, kerana ini berlaku dengan cepat. Apabila campuran tadi berbuih, angkat sebentar dari pemanas atau dapur gas, biarkan buih surut.
4. Ulang
- Kembalikan briki kepada pemanas dan biarkan campuran tersebut untuk berbuih sekali lagi. Kemudian angkat briki tersebut daripada pemanas, biarkan buih yang terbentuk untuk mendap.Lakukan perkara ini sekurang-kurangnya dua kali untuk mencapai tekstur buih yang betul.
5. Hidang dan Nikmati!
- Kopi Arab anda sudah sedia untuk diminum! Tuangkan kopi tadi secara berhati-hati ke dalam cawan-cawan kecil atau cawan demitasse. Gunakan penapis jika perlu.
Nota
Secara tradisinya, kopi ini dihidangkan tanpa tapisan, dengan serbuk halus mendap di bahagian bawah. Menambah sedikit air sejuk akan membantu serbuk kopi mengendap di bahagian bawah cawan. Berhati-hati untuk tidak meminum tegukan terakhir, atau anda mungkin mendapat seteguk serbuk kopi!