Cappuccino adalah antara variasi kopi yang popular dan amat diminati oleh pengemar kopi. Sekiranya anda telah menguasai kemahiran pembuat kopi (barista) seperti menarik syot dan membuihkan susu. Anda boleh belajar membuat kopi cappuccino anda sendiri. Resepi cappuccino ini mungkin boleh membantu anda.
Cappuccino adalah minuman kopi yang dikembangkan di Itali yang disediakan dengan bahagian yang sama antara espreso, susu kukus dan buih susu kukus di atasnya. Sesetengah pembuat kopi memilih menggunakan krim berbanding susu.
Lazimnya, cappuccino dibancuh menggunakan mesin espreso. Begitu juga dengan susu kukus tersebut. Buih susu biasanya dihasilkan menggunakan steam wand yang terdapat mesin espreso yang memudahkan untuk anda menghasilkan buih yang sempurna.
Resepi Cappuccino
Peralatan
- 1 Mesin espreso
- 1 Cawan demitasse atau cawan kopi
Bahan-bahan
Untuk Espreso
- 2 tbsp serbuk halus kopi panggangan gelap (dark roast)
- 120 ml air
Untuk Susu Berbuih
- 120 ml susu
Cara-cara
- 1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan
- 2. Masukkan air ke dalam dandang (boiler) mesin espreso anda.
- 3. Masukkan 2 sudu besar (2 shot) serbuk kopi ke dalam portafilter.
- 4. Mampatkan serbuk kopi tersebut dengan pemampat. Lakukan sebanyak 2 hingga 3 kali bagi memastikan serbuk kopi tersebut mampat dengan sempurna.
- 5. Tempatkan portafilter tadi ke dalam group head mesin espreso dan ketatkan ditempatnya.
- 6. Letak cawan demitasse atau cawan kopi yang lain di bawah group head dan tarik syot (shot) selama 23 hingga 30 saat atau sehingga 60 mililiter espreso dihasilkan. Biasanya terdapat butang atau suis untuk memulakan proses ini.
- 7. Setelah syot ditarik, langkah seterusnya adalah membuihkan susu.
- 8. Masukkan susu ke dalam bekas kaca atau jag air kecil.
- 9. Masukkan steam wand ke dalam bekas yang mengandungi susu tersebut, hanya di bawah permukaan susu.
- 10. Hidupkan steam wand pada mesin espreso anda. (Anda mungkin perlu membaca manual mesin espreso anda untuk ini, kerana setiap pembuat espreso adalah berbeza sedikit.)
- 11. Gerakkan bekas lebih tinggi, lebih rendah, lebih dekat, kemudian lebih jauh supaya steam wand boleh memasukkan udara ke dalam susu, menjadikan buih. Buih-buih akan menjadi semakin kecil apabila anda melakukan ini.
- 12.Apabila susu telah berbuih sehingga berganda saiznya, matikan steam wand.
- 13. Hiaskan espreso dengan susu berbuih sejurus selepas berbuih. Apabila dituang pada mulanya, cappuccino hanyalah espresso dan buih, tetapi susu akan cair dengan cepat daripada buih dan mendap untuk menghasilkan bahagian yang sama antara buih, susu kukus dan espreso seperti mana ia dikenali sebagai cappuccino.