Tidak semua penapis kopi adalah sama. Terdapat perbezaan antara penapis kopi kertas, kain dan logam. Jenis penapis kopi yang anda gunakan mempunyai impak yang besar terhadap rasa, aroma, keasidan dan bagaimana perisa kopi sebati bersama.
Memahami bagaimana penapis kopi berfungsi boleh membantu anda membuat keputusan tentang rasa kopi yang anda inginkan di rumah atau di kedai kopi. Anda ingin tahu kopi mana yang paling sesuai dengan citarasa anda, bukan? Jom, kita pelajari tentang perbezaan penapis kopi!
Penapis Kopi Kertas
Penapis kopi kertas adalah antara penapis kopi yang popular terutamanya jika anda membancuh kopi anda menggunakan pembancuh kopi titisan.
Penapis kertas ditenun dengan ketat dan menyerap serta menapis kebanyakan minyak dan serbuk kopi bersaiz mikro. Terdapat kebaikan dan keburukan mengenainya.
Walaupun kopi yang dihasilkan adalah cair dan bebas daripada minyak serta serbuk kopi bersaiz mikro, kopi tersebut kehilangan kebanyakan rasa dan aroma serta keasidannya sedikit tinggi.
Dahulu, penapis kertas ini banyak digunakan untuk menapis kopi kerana ramai peminum kopi sewaktu itu berpendapatan penapis kertas menjadikan kopi lebih cair dan mempunyai rasa yang boleh diterima.
Kini, walaupun penapis kertas ini tidak lagi perkara wajib, masih ada peminum kopi yang memilihnya untuk menikmati kopi yang mempunyai profil rasa seperti light, crisp, bright dan clean.
Penapis kertas juga mudah untuk dicuci kerana ia hanya perlu dibuang sahaja.
Rumusan
- Profil rasa: Light, crisp, bright, clean
- Pembersihan: Cepat dan mudah
- Sisa: Tinggi
Penapis Kopi Kain
Penapis kopi kain adalah paling kurang digunakan walaupun mungkin masih digunakan di warung-warung kopi.
Kain yang ditenun halus ini memerangkap semua serbuk kopi, walaupun serbuk mikro, tetapi hampir tidak menyerap minyak kopi. Hasilnya anda akan mendapat kopi yang bersih, kaya dengan aroma dan keasidan.
Penapis kopi menghasilkan rasa pertengahan yang baik namun ia sukar untuk dikekalkan. Jika anda memutuskan untuk menggunakan penapis kain, anda perlu memastikan anda membasuhnya dengan baik di antara minuman dan jangan biarkan ia terlalu kering atau terlalu lembap.
Penapis ini biasanya boleh bertahan beberapa dozen minuman sebelum ia mula menyumbangkan rasa yang tidak enak kepada kopi anda akibat minyak dan bahan-bahan mikro minuman terdahulu.
Meskipun begitu, ia secara teknikalnya selamat digunakan untuk lebih 100 minuman pada kebanyakan masa.
Rumusan
- Profil rasa: aromatik, clean, bright, medium body
- Pembersihan: 30-60 saat
- Sisa: Minimun
Penapis Kopi Logam
Penapis kopi logam menghasilkan kopi yang mempunyai spektrum rasa yang berbeza. Memandangkan tiada kertas tenunan halus atau kain untuk menyerap minyak atau memerangkap serbuk bersaiz mikro, beberapa benda ini akan berakhir di dalam cawan anda.
Mungkin kedengaran agak pelik bahawa anda meminum serbuk mikro dan minyak apabila anda menikmati secawan kopi yang ditapis menggunakan penapis logam. Okey, ini penjelasannya.
Minyak semula jadi kopi bertanggungjawab untuk kebanyakan aroma kopi. Minyak ini hampir tidak dapat dilihat dari segi tekstur, tetapi ia menyumbang kepada sejumlah besar kepada keseluruhan rasanya.
Banyak perisa hanya boleh didapati apabila terdapat minyak kopi, ia termasuk perisa beri biru, mawar dan banyak perisa lain yang lebih ringan dan manis.
Serbuk bersaiz mikro pula menebalkan rasa kopi dalam mulut anda, tetapi bukan dengan cara kasar yang pelik. Daripada berasa tulen dan bersih, kopi anda akan berasa lebih berat sedikit. Serbuk tersebut tidak betul-betul mengurangkan keasidan kopi anda, tetapi ia menyebabkan selera anda tidak menganggapnya begitu kuat dan menggigit.
Kadangkala terdapat mendapan terbentuk di bahagian bawah cawan anda sekiranya anda menggunakan penapis logam. Jangan bimbang, ia tidak berbahaya sama sekali.
Meskipun begitu, membersihkan penapis logam bukanlah perkara yang paling mudah. Namun, jika anda menjaganya, ia boleh bertahan seumur hidup. Proses membersihkan penapis kopi logam mungkin memerlukan sedikit masa.
Rumusan
- Profil rasa: aromatik, bold, rich, heavy
- Pembersihan: 30-60 saat
- Sisa: Sifar