Setiap orang mungkin mempunyai cara tersendiri dalam menyediakan kopi yang sempurna. Salah satu aspek yang perlu dititikberatkan adalah penapis kopi. Kenapa anda perlu membersihkan penapis kopi?
Penapis kopi terdiri daripada beberapa jenis iaitu kertas, kain dan logam. Penapis kopi membolehkan air kopi untuk melaluinya dan memerangkap serbuk kopi.
Mungkin ramai yang beranggapan bahawa penapis kopi ini bukanlah komponen besar yang perlu diambil berat dalam menyediakan kopi yang sempurna. Namun, sebenarnya anda silap!
Penapis kopi mempunyai peranan yang besar terhadap rasa dan kualiti kopi yang disediakan.
Sebagai contoh, portafilter yang digunakan bersama-sama mesin espreso anda mungkin telah mengumpul timbunan minyak lama di bahagian bawahnya sewaktu waktu puncak. Minyak tersebut akan mula menjadi tengik dan menyumbang kepada rasa dari masa ke masa.
Menjelang tengah hari, minuman yang melalui sisa itu mungkin sepenuhnya tercemar dan dibanjiri dengan rasa kelat, masam atau hampir logam.
Penapis Kertas
Bagaimana pula dengan penapis kertas? Penapis ini boleh dibuang, maka anda tidak perlu membersihkan penapis kopi ini bukan?
Walaupun pada hakikatnya begitu tetapi ramai yang terlepas pandang bahawa penapis kertas ini masih boleh mengandungi bahan cemarnya yang tersendiri.
Habuk yang melekat pada penapis kertas (walaupun baru digunakan) boleh menyumbang kepada rasa seperti kertas, kotoran atau berkayu.
Maka, seperti yang banyak dibahaskan antara pencinta kopi, adakah penapis ini perlu dibilas terlebih dahulu atau tidak?
Bergantung kepada pilihan masing-masing. Membilas penapis kertas ini dengan air panas sebelum membru kopi, mungkin langkah yang lebih baik. Ia dapat menyingkirkan kotoran dan tidak menyumbat liang-liang halus pada penapis tersebut.
Terdapat beberapa kaedah yang anda boleh lakukan untuk membersihkan penapis kertas ini iaitu:
- Jika anda menggunakan kon penapis seperti Chemex atau Melitta, cara yang pantas untuk membilas adalah meletakkannya di dalam kon seperti biasa dan tuang 100 hingga 150ml air panas melaluinya dan memenuhi seluruh permukaan.
- Kaedah pilihan adalah dengan mencelup atau merendam penapis tersebut di dalam bekas yang mengandungi air panas. Bagi mengelakkan terdapat habuk yang masih melekat, anda boleh membuka lipatan bawah dan mencelup penapis tersebut secara terbalik ke dalam pinggan atau mangkuk berisi air panas.
Bagi menjimatkan masa, anda boleh merendam beberapa penapis sekaligus dan menggunakan satu per satu.