Terengganu adalah destinasi pelancongan yang menarik di pantai timur. Tidak kurang juga, negeri Terengganu turut mempunyai banyak kedai kopi atau kafe yang menarik.
Jika anda masih tidak pasti ke mana yang anda ingin tuju, ini senarai 7 kedai kopi atau kafe yang menarik di Terengganu.
1. Lakakupi
Jika anda berada di Kuala Terengganu, anda patut singgah di kafe atau kedai kopi Lakakupi.
Lakakupi menyajikan pelbagai variasi kopi yang menyelerakan seperti ice charcoal latte, butterscotch latte, butterbeer, hot mocha dan lain-lain lagi.
Untuk makanan sampingan pula, anda boleh mencuba makanan istimewa mereka iaitu corndog dan taco.
Alamat: 754 D, Kg Batu 6 Lama,Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu: 1.30 petang hingga 10.00 malam (Isnin-Khamis); 2.30 petang hingga 10.30 malam (Jumaat & Sabtu); Tutup: Ahad.
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
2. Pedalhaus
Jika anda sedang menggunakan jalan Kemaman-Dungun di Kemasik, singgah sebentar ke kafe Pedalhaus untuk segarkan mata dan minda anda.
Anda boleh menikmati kopi yang dibru segar di dalam sebuah kafe moden dan santai. Anda boleh menikmati pelbagai variasi kopi di sini seperti americano, latte, caramel macchiato, toffee-nut latte, mocha, cappuccino, butterscotch latte, frappe dan minuman-minuman lain.
Tambahan daripada itu juga, mereka turut menyediakan makanan sampingan seperti spagetti dan pastri.
Alamat: No. 4, Youthport IKBN Kemasik KM19, Jalan Kemaman-Dungun, 24200 Kemasik, Terengganu
Waktu: 9.00 pagi hingga 10.00 malam (Sabtu-Khamis); 3.00 petang hingga 10.00 malam (Jumaat)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
3. Aurora Coffee House
Jika anda inginkan suasana di tepi pantai sambil menikmati kopi kegemaran anda, Aurora Coffee House adalah tempatnya.
Kedai kopi ini terletak berdekatan dengan Pantai Sura, Dungun. Aurora Coffee House menghidangkan pelbagai variasi kopi seperti americano, espreso, latte, caramel macchiato dan mocha.
Bagi yang tidak minum kopi, mereka turut menyediakan minuman tidak berasaskan kopi seperti matcha latte, coklat, vanilla caramel dan lain-lain.
Di samping itu juga, mereka turut menghidangkan makanan utama seperti mee kari, nasi dagang, laksam, laksa kuah putih dan nasi goreng.
Jika anda hanya inginkan makanan yang ringan, anda boleh memesan kek dan pastri mereka.
Kami cadangkan anda datang pada waktu petang kerana tempat makan mereka adalah terbuka (open dining).
Alamat: 53, Jalan Pantai Sura, Kampung Sura Jeti, 23000 Kuala Dungun, Terengganu
Waktu: 12.30 tengah hari hingga 7.00 malam (Isnin-Sabtu); 3.00 petang hingga 7.00 malam (Jumaat); Tutup: Ahad
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
5. Jiwa Kopi dan Bingsu
Seperti di Kelantan, Jiwa Kopi dan Bingsu juga mempunyai cawangan di Terengganu.
Jiwa Kopi dan Bingsu ini adalah tempat yang menarik dan selesa untuk anda menikmati kopi, bingsu dan makanan-makanan barat.
Jika anda tertanya-tanya variasi kopi yang ada di sini, mereka menyediakan kopi espreso, variasi latte, caramel macchiato, mocha, cappuccino, affogato, americano, long black dan variasi frappe.
Alamat: Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung Kapur, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu: 9.30 pagi hingga 12.00 tengah malam (setiap hari)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
6. Atma Kopi
Kedai kopi atau kafe yang menarik di Terengganu yang seterusnya adalah Atma Kopi.
Minuman yang istimewa dan menjadi pilihan di sini adalah affogato, hazelnut latte, asian dolce latte, matcha, dirty matcha, coklat dan hazelnut coklat.
Untuk makanan pula, anda boleh menikmati makanan barat seperti chicken chop, chicken grill, lamb chop, burger serta pencuci mulut seperti kek dan pastri. Ramai yang suka Burger Chicken Chop di sini!
Alamat: 174-A, Jalan Intan, Kampung Balai Besar, 23000 Kuala Dungun, Terengganu
Waktu: 6.30 petang hingga 11.30 malam (setiap hari)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
7. Lily Coffee Grab & Go
Satu lagi permata kopi di negeri Terengganu. Lily Coffee Grab & Go ini terletak di bandar Jerteh.
Jika anda ingin menikmati kopi yang segar dan nasi lemak pada waktu pagi, di sinilah lokasinya. Selain itu, mereka turut menyediakan aneka croffle yang menggoda tekak anda!
Alamat: Lot 2112, 22000 Jerteh, Terengganu
Waktu: 6.30 pagi hingga 6.00 petang (Sabtu-Khamis); Tutup: Jumaat
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim