Negeri Selangor agak besar untuk anda “jelajah” kedai kopi atau kafe yang menarik dan kena dengan citarasa anda.
Oleh itu, kami bantu anda dengan menyenaraikan beberapa kedai kopi atau kafe yang menarik di negeri Selangor ini.
Jom! Terjah kedai kopi atau kafe yang terdekat dengan anda.
1. Madinah Cafe
Kalau anda ingin menikmati kopi dengan suasana Arab di Ampang, Selangor, Madinah Cafe adalah destinasi yang tepat.
Mereka menyediakan pelbagai makanan Arab dan minuman kopi yang dibrew segar yang pasti tidak mengecewakan anda.
Kalau nak rasa kopi Turki (Turkish Coffee) boleh datang sini!
Alamat: 1541, Persiaran Putra Sulaiman, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: 9.00 pagi hingga 12.00 malam (setiap hari)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
2. Blend Coffee Roasters
Jika anda mahu menikmati kopi yang dipanggang segar, kedai kopi Blend Coffee Roasters adalah lokasi yang tepat untuk anda.
Blend Coffee Roasters mempunyai fasiliti pemanggang biji kopi mereka sendiri. Anda juga boleh membeli biji kopi di sini.
Dari segi menu, seperti biasa anda boleh menikmati minuman kopi berasaskan espreso seperti Espresso, Americano, Latte dan Dolce Latte.
Mereka mempunyai beberapa cawangan lain selain di Bandar Baru Bangi iaitu di Bukit Jelutong dan Sungai Ramal.
Alamat: 43, Jalan 9/2 Taman IKS, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 6.00 petang (setiap hari)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
3. Monti Keopi
Untuk pelajar UKM, UPM dan KUIS, Monti Keopi mungkin tidak asing lagi bagi mereka.
Jika anda berada di UKM, UPM atau KUIS dan ingin menikmati kopi dibru segar, silalah berkunjung ke Monti Keopi.
Dengan harga yang berpatutan, anda boleh menikmati pelbagai menu kopi seperti Americano, Caffe Latte, Cappuccino, Latte Hazelnut, Latte Vanilla, Latte Caramel, Mocha dan minuman berasaskan coklat.
Alamat: Faculty of Social Science & Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor
Waktu Operasi: 9.00 pagi hingga 6.30 petang (Isnin-Jumaat); 2.00 petang hingga 6.30 petang (Sabtu)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
4. The Ultimatum Coffee
The Ultimatum Coffee adalah kedai kopi atau kafe menarik yang seterusnya yang patut anda kunjungi di negeri Selangor.
Kafe ini menyajikan minuman kopi premium di samping suasana kafe yang menenangkan dan menarik.
Anda boleh menikmati pelbagai menu kopi di sini serta makanan sampingan seperti nasi lemak, croissant waffle, kek dan pasta.
Alamat: NO G-59, Taman Seri Bangi, Jalan 8/35, Seksyen 8, 43650 Bangi, Selangor.
Waktu Operasi: 11.00 pagi hingga 11.00 malam (Khamis-Selasa); Tutup: Rabu.
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
5. Monsterbytes Cafe
Satu lagi lokasi yang patut menjadi pilihan buat pencinta kopi. Monsterbytes Cafe menawarkan pelbagai hidangan kopi berserta pastri, piza dan makanan barat.
Jika anda mahukan tempat yang “best” untuk melepak sambil menikmati kopi mesin, Monsterbytes Cafe adalah tempatnya.
Alamat: 5-G Kedai Pangsapuri Amaniah 1, Jalan 7, Taman Amaniah Mulia, 68100 Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi: 8.00 pagi hingga 11.00 malam (Selasa-Ahad); Tutup: Isnin.
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
6. Colpo Di Caffeina (CDC Cafe)
Kalau nak rasa makanan barat yang sedap di samping minuman kopi homemade, Colpo Di Caffeina (CDC Cafe) adalah tempatnya.
CDC Cafe ni terletak di Tamarind Square, Cyberjaya. Sebuah cafe yang santai dengan kehijauan yang memukau.
Bagi pencinta kopi, anda mesti cuba cold brew mereka! Bagi yang tidak minum kopi, ice blended mereka juga turut mengancam!
Alamat: GP2-04, (2nd Floor) Tamarind Square, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor.
Waktu Operasi: 11.00 pagi hingga 9.00 malam (Selasa-Khamis); 11.00 pagi hingga 10.00 malam (Jumaat); 10.30 pagi hingga 10.00 malam (Sabtu & Ahad); Tutup: Isnin.
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
7. Langek Milk Coffee
Orang-orang Hulu Langat yang belum pernah singgah di Langek Milk Coffee perlu singgah ke sini!
Kafe atau kedai kopi Langek ni adalah tempat terbaik untuk anda menikmati kopi mesin di sampingan pelbagai menu pastri dan kek yang menyelerakan.
Antara menu kopi yang best di sini adalah Caramel Macchiato, Mocha Banana dan Strawberry Latte. Bagi yang tidak minum kopi, jangan risau kerana mereka turut menyediakan minuman bukan kopi dan teh.
Jangan lupa untuk cuba menu istimewa mereka iaitu Cornetto Cafe Latte!
Alamat: 67, Jalan Cempaka 3, Taman Desa Raya, 43100 Hulu Langat, Selangor
Waktu Operasi: 11.00 pagi hingga 10.00 malam (Selasa-Ahad); 2.30 petang hingga 10.30 malam (Jumaat); Tutup: Isnin.
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
8. Mambo Bistro Bangi
Kalau anda ingin mencuba “specialty coffee” dengan seni kopi yang menarik, anda kena datang ke Mambo Bistro Bangi!
Mereka buka seawal 8.00 pagi, maknanya anda boleh bersarapan di sini. Selain pelbagai aneka kopi, mereka turut menyediakan menu-menu seperti minuman frappe, air buah, makanan barat, pastri, roti telur, nanchos dan samyang.
Bagi yang suka nasi lemak, jangan risau kerana mereka turut menghidangkan nasi lemak.
Jadi, apa tunggu lagi. Boleh segera ke sini!
Alamat: No.2 Jalan Medan PB 3A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: 8.00 pagi hingga 10.00 malam (Selasa – Ahad); 3.00 petang hingga 10.00 malam (Jumaat); Tutup: Isnin
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
9. Pote’ Coffee
Jika anda inginkan kelainan, kafe Pote’ Coffee adalah destinasi yang wajib tuju!
Pote’ Coffee ada menyediakan kopi bru Mexico. Pelbagai menu kopi yang anda boleh pilih di sini, antaranya adalah Adicto Latte’, Caramel Luz Macchiato, Cappuccino Fuerte, Mayores Mocha dan Sal Marina Cafe Negro.
Jika anda ingin mencuba kopi yang pekat dengan harga yang berpatutan, di sinilah tempatnya.
Orang kata belum cuba belum tahu, sudah cuba makin mahu!
Alamat: LOT 2191, 3, Jalan Teras Kampong, Kampung Teras Jernang, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: 11.30 pagi hingga 7.00 malam (Selasa – Ahad); Tutup: Isnin
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim