Pulau Pinang sememangnya terkenal sebagai syurga makanan bagi pencinta makanan. Tidak ketinggalan juga buat pencinta kopi, Pulau Pinang juga mempunyai banyak kedai kopi atau kafe yang menarik.
Bagi anda yang sedang bercuti di Pulau Pinang atau merancang untuk bercuti ke Pulau Pinang, kami senaraikan kepada anda 8 kedai kopi menarik di Pulau Pinang yang patut anda kunjungi.
1. Brown Sugar Eatery
Dari tepi jalan besar (Jalan Sultan Azlan Shah) Bayan Lepas, anda sudah boleh nampak kedai kopi atau kafe Brown Sugar Eatery ini.
Boleh dikatakan kecil dan comel, kedai kopi Brown Sugar Eatery ini menyediakan kopi-kopi segar yang dibru yang boleh melepaskan kerinduan anda terhadap kopi premium.
Tidak lupa juga, kek dan pastri mereka sedap-sedap belaka!
Alamat: Jalan Sultan Azlan Shah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. (Bersebelahan Markaz Pas Sungai Tiram)
Waktu Operasi: 3.00 petang hingga 11.00 malam (setiap hari)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
2. TVK Coffee
Kedai kopi yang berpotensi besar di Kampung Baru Sungai Ara, Pulau Pinang yang menghidangkan kopi dibru dan croffle.
TVK (TheVeryKopi) Coffee boleh menjadi tempat untuk anda melepak sambil menghirup kopi yang dibru segar sambil menikmati croffle yang sedap!
Anda boleh menikmati kopi americano, latte, dolce latte dan mocha. bagi yang tidak minum kopi, boleh memesan minuamn coklat, shiru matcha latte dan matcha green tea.
Alamat: Lorong Sungai Ara 1, Kampung Baru Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Waktu Operasi: 8.30 malam hingga 10.30 malam (Selasa – Jumaat); 9.00 pagi hingga 2 petang (Sabtu); Tutup: Ahad dan Isnin
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
3. DEBOB Coffee
Kedai kopi menarik di Pulau Pinang yang seterusnya adalah kafe DEBOB Coffee. Kafe ini terletak di Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam.
Bagi anda yang berada berdekatan, boleh singgah ke sini untuk menikmati kopi yang dibru segar dan makanan barat.
Jangan lupa untuk mencuba grilled platters mereka!
Alamat: NO.30,GF, Lorong Perda Selatan, Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Waktu Operasi: 12.00 tengah hari hingga 10.00 malam (Isnin – Jumaat); 12.30 tengah hari hingga 10.00 malam (Sabtu dan Ahad)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
4. Tingkap Kopi
Jika anda dalam perjalanan untuk menikmati mee udang di Sungai Dua, anda boleh juga singgah di kedai kopi Tingkap Kopi.
Tingkap Kopi menyambut anda dengan suasana kampung dan retro sambil menghidangkan kopi-kopi yang dibru segar.
Antara variasi kopi yang anda boleh dapatkan di sini adalah espreso, americano, caffe latte, cappuccino, dan mocha. Di samping itu, anda juga boleh menikmati kek, brownies dan pastri yang enak di sini.
Alamat: Lot 756-D, Sungai Lokan, Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau Pinang
Waktu Operasi: 1.00 petang hingga 10.00 malam (Isnin – Ahad); 3.00 petang hingga 10.00 malam (Jumaat); Tutup: Selasa
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
5. The Moaci Coffee
Kedai kopi atau kafe The Moaci Coffee ini terletak di kawasan perumahan di Island Glades Gelugor, Pulau Pinang.
Jika anda ingin melepak sambil menikmati kopi yang dibru pada waktu petang, ini adalah tempatnya! Namun, pastikan tidak hujan ya.
The Moaci Coffee menyajikan kepada anda pelbagai variasi kopi seperi americano, latte, mocha dan macchiato. Anda juga boleh mendapatkan minuman bukan berasaskan kopi seperti Telang Mojito Soda!
Untuk pencuci mulut, anda boleh cuba cupcake mereka.
Alamat: 1A, Lorong Delima 14,Island Glades Gelugor, 11700 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: 2.00 petang hingga 10.00 malam (Selasa – Ahad); 3.00 petang hingga 10.00 malam (Jumaat); Tutup: Isnin.
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
6. Qahwa Cafe
Bagi penduduk Bertam, mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi. Qahwa Cafe popular dalam kalangan penduduk Bertam dan Kepala Batas.
Kafe yang bersih dan suasana yang nyaman menjadikannya sebagai tempat terbaik untuk anda menikmati kopi yang dibru.
Qahwa Cafe menyajikan pelbagai variasi kopi dan minuman bukan berasaskan kopi seperti espreso, americano, latte, cappuccino, mocha, tamar latte, frappe, green tea, tamar teh tarik dan lain-lain lagi.
Selain itu, anda juga boleh menikmati pastri mereka yang sedap-sedap dan “menggoda”.
Jangan lupa untuk mencuba Tamar Salted Caramel Latte mereka!
Alamat: 11, Jalan Dagangan 5, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
Waktu Operasi: 9.00 pagi hingga 7.00 malam (Isnin – Sabtu) (Rehat jam: 2-3 ptg); Tutup: Ahad
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
7. Langit Senja Kopi
Jika anda ingin menikmati kopi anda dalam suasana retro atau klasik, kedai kopi atau kafe Langit Senja Kopi adalah destinasi yang harus anda tuju di Georgetown, Pulau Pinang.
Mereka menghidangkan kopi daripada 4 jenis biji kopi berbeza. Anda boleh meminta menyediakan kopi yang bersesuaian dengan citarasa anda. Ya, mereka ada kepakaran itu!
Selain itu, mereka turut menyediakan makanan sampingan seperti kek, kuih dan pastri. Untuk makanan berat pula, anda perlu datang pukul 7.00 petang ke atas (hari biasa) dan 6.00 petang ke atas (hujung minggu).
Alamat: 93, Lebuh Armenian, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: 3.00 petang hingga 10.00 malam (Khamis – Selasa); Tutup: Rabu.
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
8. TEMU
Satu lagi kedai kopi atau kafe menarik yang boleh anda kunjungi di Geogetown, Pulau Pinang.
Kafe TEMU menyambut anda dengan suasana yang unik dan menenangkan. Jika anda ingin menenangkan diri sambil menikmati secawan kopi, inilah tempatnya.
Mereka menyajikan pelbagai variasi kopi espreso seperti long black, latte, affogato dan lain-lain. Selain itu, anda juga boleh menikmati kek, croffle dan pastri yang sedap!
Alamat: 62, Lebuh Melayu, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 7.00 malam (setiap hari)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim