Kalau sebelum ini kita merasa kopi di Terengganu, apa kata kali ini kita lihat beberapa kedai kopi menarik di negeri Pahang pula. Tidak kurang hebatnya, negeri Pahang juga mempunyai kedai kopi yang mempunyai kepakaran tersendiri dalam menyediakan kopi premium.
Bagi orang Pahang atau anda yang melancong ke Pahang, ini adalah senarai kedai kopi atau kafe yang menarik di Pahang yang boleh mengubat “ketagihan” kopi anda!
1. KUPI
Kalau rasa-rasa teringin kopi bru di Kuantan, kami cadangkan anda ke kedai kopi atau kafe KUPI ini.
Mereka menyajikan pelbagai variasi kopi seperti espreso, americano, cafe latte, mocha latte, caramel latte, kopi Vietnam, spanish cafe latte, caramel macchiato dan banyak lagi.
Untuk makanan pula, anda boleh mencuba nasi lemak, nasi ayam, nasi kak wok, roti bakar, waffle atau croffle mereka.
Jadi, bagi anda yang hendak lepak bersama kawan-kawan, KUPI adalah antara tempat yang terbaik.
Alamat: No A5, Lorong IPJ 2, Taman Inderapura Jaya, 25050 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: 9.00 pagi hingga 7.00 malam (Isnin-Sabtu); Tutup: Ahad
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
2. Kuffee Cafe
Nak rasa kopi premium di Bandar Indera Mahkota? Kuffee Cafe adalah “port” terbaik yang mesti anda kunjungi.
Kuffee Cafe ini menyediakan pelbagai variasi kopi dan bukan kopi seperti americano, espreso, latte, matcha latte dan lain-lain lagi.
Tak cuba maka tak tahu, mungkin kena dengan tekak anda.
Alamat: TMG MALL, 14, Jln IM 7/1, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi:10.00 pagi hingga 6.00 petang (Selasa-Ahad); Tutup: Isnin
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
3. Kofi Bro
Kofi Bro ini adalah salah satu gerai kopi yang terletak di hadapan rumah yang menyajikan pelbagai kopi yang dibru segar.
Terletak di Taman Balok Pelangi, anda boleh mendapatkan pelbagai variasi kopi istimewa mereka seperti Dark Mint Lemonade, Kopi Rima Akor, Biscoff Macchiato, Fat Americano, Latte Gula Melaka dan Kopi Yuja-Cha.
Jadi, jika anda inginkan kelainan, inilah tempatnya!
Alamat: No 16, Lorong Balok Pelangi, 17, Taman Balok Pelangi, Kampung Balok Baru, 26100 Kuantan, Pahang.
Waktu Operasi: 12.00 tengah hari hingga 8.00 malam (Sabtu-Khamis); Tutup: Jumaat.
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
4. POKO
Kalau anda mencari kedai kopi atau kafe yang menarik di Maran, Pahang, boleh cuba singgah di kafe POKO (Popia dan Kopi).
Anda boleh mendapatkan pelbagai hidangan kopi dan bukan kopi seperti latte, hazelnut latte, caramel latte, americano, mocha, cappuccino, dolce latte, caramel macchiato dan pelbagai jenis frappe.
Bagi anda yang ingin menjamu selera dengan makanan ringan pula, boleh cuba popia mereka yang luar biasa!
Alamat: Jalan Bazar, 26500 Maran, Pahang
Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 10.00 malam (Rabu-Isnin); Tutup: Selasa
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
5. The Smash Coffee
Kedai kopi atau kafe menarik di Pahang yang seterusnya adalah The Smash Coffee.
Jadi, apa yang istimewa di sini? Buat anda pencinta kopi, anda boleh menikmati variasi kopi seperti pandan latte, raspberry latte, caramel macchiato, matcha latte, mocha, the smash, asian dolce latte dan lain-lain lagi.
Untuk makanan pula, anda boleh mencuba roti john mereka.
Alamat: Kuantan Synergy Sport Centre (belakang TMG Sg Isap)
Waktu Operasi: 5.00 petang hingga 12.00 malam (Selasa-Ahad); Tutup: Isnin
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
6. 1 Espresso Station
Satu lagi permata kopi yang terletak di Jengka, Pahang. 1 Espresso Station ni terletak di Terminal Bas Jengka. Jadi, sambil-sambil tunggu bas boleh pekena kopi premium dulu.
Variasi kopi yang anda boleh cuba di sini adalah caffe latte, mint latte, hazelnut latte, vanilla latte, latte gula melaka, caramel macchiato, mocha, americano, americano mint, cappuccino dan lain-lain lagi.
Alamat: G14, Gerai pelbagai MDM ,Terminal Bus Jengka, 26400 Bandar Tun Razak, Pahang
Waktu Operasi: 11.00 pagi hingga 8.00 malam (Isnin-Khamis); 2.30 petang hingga 9.00 malam (Jumaat); 11.00 pagi hingga 9.00 malam (Sabtu); Tutup: Ahad.
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
7. Coffee Aboh Kome
Jangan ingat orang Jerantut tak minum kopi mesin! Moh ke kafe Coffee Aboh Kome (CAK) jika ingin menikmati kopi yang dibru.
Anda boleh mencuba beberapa variasi kopi istimewa mereka iaitu kopi abah, salted caramel latte dan caramel macchiato.
Jadi, mana-mana yang datang ke Jerantut tu, boleh singgah di CAK!
Alamat: Depan Tokong, 24, Jalan Dulang, Bandar Baru, 27000 Jerantut, Pahang
Waktu Operasi: 11.00 pagi hingga 8.00 malam (Selasa-Jumaat); 11.00 pagi hingga 10.00 malam (Sabtu & Ahad); Tutup:Isnin.
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim