Anda mencari kedai kopi atau kafe menarik di Negeri Sembilan? Belum tahu lokasinya? Mari kami tolong anda semua dengan senarai kedai kopi atau kafe yang menyajikan kopi premium dengan rasa yang mantap.
Kami senaraikan 6 kedai kopi atau kafe menarik yang terdapat di seluruh Negeri Sembilan sebagai panduan untuk anda.
1. AmiCoffee Shop
Orang-orang Serting Hilir, kalau nak rasa kopi bru tidak perlu pergi jauh, boleh singgah di AmiCoffee Shop.
Anda boleh dapatkan pelbagai variasi minuman kopi sejuk dan panas serta pencuci mulut seperti kek batik dan cheesekut.
Mana-mana yang ingin mencuba tu, boleh cari AmiCoffee Shop di Google Map atau Waze.
Alamat: WFWX+RJ, 72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: 1.00 petang hingga 10.00 malam (setiap hari)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
2. Joseh Kopi
Joseh Kopi ni terletak di dalam Farm Fresh Mart and Cafe, jadi kalau anda ingin ke sini boleh cari Farm Fresh Mart and Cafe di Google Map atau Waze.
Antara kopi terbaik di pekan Juasseh, Joseh Kopi menyajikan pelbagai variasi kopi yang dibru seperti americano, cafe latte, hazelnut latte, caramel latte, vanilla latte, mocha, caramel macchiato dan juga minuman coklat.
Selain itu, anda juga boleh dapatkan produk-produk Farm Fresh di sini.
Alamat: 59, Jalan Merah, Kampung Juaseh, 72500 Juasseh, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: 9.00 pagi hingga 9.00 malam (Khamis-Selasa); Tutup: Rabu
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
3. Kopi dan Kueh
Jika anda berkunjung ke Port Dickson, jangan lupa untuk singgah di kafe Kopi dan Kueh.
Di sini adalah tempat terbaik untuk anda menikmati kopi istimewa seperti caramel macchiato, popcorn caramel latte, vanilla rose latte, frosty mint mocha, lotus biscoff frappe, soda lemon espresso dan minuman matcha.
Selain itu, anda juga boleh menikmati pencuci mulut seperti kek dan pastri yang sedap-sedap belaka!
Alamat: No 49, Kampung Baru Sirusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: 2.00 petang hingga 10.00 malam (Isnin-Rabu), 10.00 pagi hingga 10.00 malam (Sabtu & Ahad); Tutup: Khamis & Jumaat.
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
4. Aqoffee
Walaupun kedudukannya agak tersorok ke dalam kampung, namun rasa kopinya tidak tersorok.
Kafe Aqoffee adalah antara kedai kopi terbaik yang terletak di Kampung Siliau Hilir, Rantau, Negeri Sembilan. Suasana tenang dengan kehijauan pokok-pokok dan rumput pasti menjadikan pengalaman kopi anda lebih menarik.
Jika anda ingin mencuba kopi mereka, mereka ada menyediakan pelbagai variasi kopi seperti espreso, americano, flat white, mocha, latte, cappuccino, caramel macchiato, hario v60 dan japanese style ice coffee.
Alamat: 369B, Kampung Siliau Hilir, 71200 Rantau, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 7.00 malam (Ahad-Selasa, Khamis-Jumaat); Tutup: Rabu&Sabtu
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
5. Laporpo Cafe
Jika nak pekena kopi padu di Senawang, Laporpo Cafe adalah destinasinya.
Laporpo Cafe menyajikan pelbagai variasi kopi seperti espresso, zespresso, americano, caffe latte, salted caramel latte, hazelnut latte, vanilla latte, macadamia latte, toffee nut latte, cappuccino dan salted caramel macchiato.
Di samping itu, anda juga boleh menikmati pelbagai aneka pencuci mulut seperti kek, roti, biskut dan pastri.
Alamat: Pusat Perniagaan, 118-G, Jalan Lavender Heights 9/1, Taman Lavender Heights, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: 8.30 pagi hingga 7.00 malam (setiap hari)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
6. Melangok Coffee
Kedai kopi menarik di Negeri Sembilan yang seterusnya adalah Melangok Coffee.
Bagi orang Tampin atau sesiapa yang ke Tampin, Melangok Coffee adalah tempat terbaik untuk anda mendapatkan kopi dibru segar.
Anda boleh menikmati pelbagai variasi minuman di sini sama ada berasaskan kopi, ice blended atau teh.
Selain itu, mereka turut menghidangkan makanan barat seperti chicken chop, chicken grill dan lamb grill. Bagi anda yang inginkan makanan ringan sahaja, anda boleh mendapatkan makanan sampingan seperti nuget, kentang goreng, bebola daging dan roti bakar.
Alamat: 9, Jalan Kampung Dusun, Kampung Tampin Tengah, 73000 Tampin, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: 5.00 petang hingga 11.00 malam (Khamis-Selasa); Tutup: Rabu.
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim