Adakah anda sedang bercuti di Kedah? Mengidam untuk menikmati aroma kopi yang mengasyikkan? Atau anda memang seorang “coffee hunter“? Kami bawakan kepada anda 7 kedai kopi atau kafe yang menarik di negeri Kedah.
1. Biggy and The Ahli Kopi
Kedai kopi Biggy and The Ahli Kopi ini terletak di daerah Sungai Petani, Kedah. Kedai kopi yang berkonsepkan ala retro ini menyediakan pelbagai jenis kopi seperti americano, latte, cappuccino, espresso termasuklah kopi tempatan.
Jika anda lapar, usah risau kerana kedai kopi Biggy ini juga turut menyediakan pelbagai juadah makanan seperti pasta, burger, skewer dan lain-lain lagi.
Alamat: No. 1, Jalan Patani, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: 8.00 pagi hingga 12.00 malam (dibuka setiap hari kecuali hari Selasa)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
2. Kopi & Seni
Bagi peminat kopi yang ingin menikmati keunikan kopi dan rasa kopi yang padu di Alor Setar. Anda boleh mencuba kedai kopi atau kafe Kopi & Seni.
Anda boleh menikmati pelbagai menu kopi yang istimewa seperti Kopi Jalan Pegawai, Kopi Nyok, Kopi Pemanis Rupa, Kopi Jejaka Perkasa dan lain-lain lagi.
Selain itu, anda juga boleh menikmati makanan barat seperti nasi mentega, chicken chop, chicken grill, lamb grill dan spaghetti.
Bagi anda yang tidak mahu makan makanan berat, anda boleh mencuba pelbagai jenis kek dan sandwic mereka.
Alamat: Jalan Pegawai, 05050 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: 11.00 pagi hingga 11.00 malam (Khamis-Selasa); Tutup: Rabu
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
3. Kopi Kafe
Kopi Kafe adalah tempat yang sesuai untuk anda melepak bersama rakan-rakan. Kafe ini terletak berhadapan dengan Hospital Sultanah Bahiyah.
Salted caramel mereka adalah antara yang menjadi pilihan pengunjung di kafe ini.
Alamat: 175, 256, Hutan Kampung, 05460 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: 3.00 petang hingga 11.00 malam (dibuka setiap hari kecuali hari Isnin)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
4. Kedai Kopi Tepi
Sekiranya anda meminati kopi jalanan, kedai Kopi Tepi adalah lokasi yang harus anda kunjungi. Dengan harga jalanan, anda boleh menikmati kopi yang setanding dengan kafe-kafe mahal.
Menu popular di sini adalah Kopi Tepi.
Alamat: 436B, Jalan Sungai Layar, Kampung Teroi, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: 12.30 tengah hari hingga 8.00 malam (dibuka setiap hari kecuali hari Ahad)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
5. Khemah Kopi
Kopi jalanan yang turut mempunyai rasa premium. Khemah Kopi terletak di hadapan kedai Mega Machinery Marketing, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah.
Jika anda ingin minum kopi yang dibru segar, silalah berkunjung ke Khemah Kopi!
Alamat: Jalan BPJ, Bandar Puteri Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: 1.30 petang hingga 10.00 malam (dibuka setiap hari kecuali hari Isnin)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
6. GIBI Coffee
Bagi orang Baling atau anda yang menyinggah ke Baling, kafe GIBI Coffee adalah tempat terbaik untuk anda menikmati kopi yang dibru segar.
Suasana kafenya yang tenang, luas dan selesa menjanjikan satu pengalaman yang baru dan sukar dilupakan.
Mereka menyediakan pelbagai menu kopi dan pastri yang perlu anda cuba!
Alamat: Jalan Kemboja, Pekan Baru Kupang, 09200 Kupang, Kedah
Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 10.00 malam (dibuka setiap hari)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
7. Danzo Coffee
Kalau nak rasa kopi premium dengan harga “marhean” di Jitra, Danzo Coffee adalah jawapannya.
Danzo Coffee menyediakan pelbagai menu minuman kopi seperti espreso, americano, latte, cappuccino, caramel latte, hazelnut latte, caramel macchiato, mocha dan vanilla latte.
Bagi anda atau pasangan anda yang tidak minum kopi, mereka turut menyedia minuman berasaskan coklat dan matcha.
Jadi, tunggu apa lagi. Mai singgah!
Alamat: Taman Mutiara, 06000 Jitra, Kedah
Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 10.00 malam (dibuka setiap hari)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim