Bagi orang Johor atau anda yang ingin melancong ke Johor, jangan bimbang kerana Johor juga mempunyai beberapa “port” atau kedai kopi yang menarik yang berbaloi untuk dikunjungi.
Bagi membantu anda menambah pengalaman kopi di kedai-kedai kopi atau kafe seluruh Malaysia, kami senaraikan beberapa kedai kopi di seluruh Johor yang mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri.
Berikut kami senaraikan 9 kedai kopi atau kafe yang menarik untuk anda kunjungi di negeri Johor:
1. Kelab Kopi
Bagi penduduk Batu Pahat atau mereka yang berkunjung ke Batu Pahat, Kelab Kopi adalah kedai kopi atau kafe yang terbaik untuk dikunjungi.
Jika anda ingin mencuba kopi yang “piaw” dan tiptop di sinilah lokasinya. Bab makan pula, mereka ada menghidangkan makanan barat dan makanan tempatan.
Jangan lupa cuba 3 menu baru mereka iaitu Nasi Kapitan, Nasi Hitam Manis dan Nasi Creamy Buttermilk Golden Chicken!
Alamat: 21, Jalan Flora Utama 1, Taman Flora Utama, 83000 Batu Pahat, Johor
Waktu Operasi: 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Ahad-Jumaat); 11.00 pagi hingga 6.00 petang (Sabtu)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
2. Kopi Cinta Hasya
Orang Benut kalau nak rasa kopi mesin boleh datang Kopi Cinta Hasya.
Pelbagai variasi kopi premium mereka ada termasuklah espresso, latte, americano, cappuccino, mocha dan caramel macchiato.
Kalau datang waktu tengah hari, boleh cuba pelbagai jenis frappe mereka. Semua menarik dan menggoda!
Alamat: Kopi Cinta Hasya (Stall kayu kecil sebelah Nasi Ayam Bokhari Benut), TL 5, Jln Parit Ismail, 82200 Benut, Johor
Waktu Operasi: 9.15 pagi hingga 11.40 malam (setiap hari)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
3. Bevande Coffee
Kalau rasa susah untuk dapat kopi mesin di Kluang tu, boleh datang kafe Bevande Coffee di Taman Seri Impian.
Macam-macam kopi premium ada di sini yang panas atau sejuk. Untuk makanan sampingan, boleh cuba corndog mereka
Alamat: 1/1, Persiaran Seri Impian 1, Taman Seri Impian, 86000 Kluang, Johor
Waktu Operasi: 12.00 tengah hari hingga 10.00 malam (setiap hari)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
4. Rumah Ngopi
Satu lagi permata kopi di Kota Tinggi, kafe Rumah Ngopi adalah destinasi wajib tuju bagi pencinta kopi jika anda di Kota Tinggi, Johor.
Rumah Ngopi ini terletak di tingkat atas TIC Balai Kota 1528. Suasana dan persekitaran di sini memang terbaik untuk anda menikmati kopi yang dibru segar.
Untuk pencuci mulut, anda boleh pesan crosissant, Belgian waffle atau brownies dengan pelbagai perisa yang sedap-sedap.
Senang cerita kena pergi cuba sendiri!
Alamat: TIC Balai Kota, 1528, Jalan Omar, Taman Sri Lalang, 81900 Kota Tinggi, Johor
Waktu Operasi: 12.00 tengah hari hingga 11.00 malam (Rabu-Isnin); 2.30 petang hingga 11.00 malam (Jumaat); Tutup: Selasa.
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
5. Smoke Coffee
Kalau rasa nak santai-santai atau lepak, kafe Smoke Coffee adalah tempat yang sesuai untuk anda.
Kafe Smoke Coffee ada menyediakan pelbagai variasi kopi yang dibru segar sama ada yang panas atau sejuk seperti doppio, piccolo, cortado, ristretto, lungo, affogato serta pelbagai variasi latte dan macchiato.
Bagi yang tidak meminati kopi boleh cuba ice blended dan smoothies di sini.
Untuk makanan pula, anda boleh memesan makanan ringan atau berat seperti kentang goreng, roti, burger, chicken chop atau daging disalai dan digril.
Alamat: 76, Jalan Cermai 4, Jalan Saleng, Taman Mesra, 81400 Kulai, Johor
Waktu Operasi: 6.00 petang hingga 10.00 malam (Rabu-Isnin); Tutup: Selasa.
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
6. Owl Cafe & Owl Coffee
Kedai kopi atau kafe menarik di Johor yang seterusnya adalah Owl Cafe & Owl Coffee. Di sini adalah tempat terbaik untuk anda menikmati kopi, makanan barat dan makanan asia jika anda di Masai.
Suasana dan persekitaran kafe yang bersih dan selesa sudah pasti mewujudkan rasa santai kepada anda.
Antara minuman kopi yang “rare” di sini adalah Black atau White Shakerato. Bagi anda yang ingin menikmati kopi yang dibru secara manual pun boleh datang ke sini.
Alamat: 8, Jalan Belibis, Taman Bunga Raya, 81750 Masai, Johor
Waktu Operasi: 3.00 petang hingga 11.59 malam (Selasa-Ahad)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
7. Laman-Relaksasi & Kopi
Kecil-kecil cili padi, begitulah boleh kita umpamakan kedai kopi Laman-Relaksasi & Kopi ini. Terletak di tepi Jalan Muar menjadikannya mudah untuk anda semua singgah!
Anda boleh menikmati pelbagai kopi premium di sini seperti americano, espresso, cappuccino, cafe latte, caramel macchiato, dan mocha.
Bagi yang tidak minum kopi, jangan risau sebab anda boleh memesan minuman bukan berasaskan kopi seperti cocoa latte, matcha latte dan mellow latte.
Alamat: NO. 93-5, KM24, Bukit Naning, Air Hitam Bakri, 84200 Muar, Johor
Waktu Operasi: 7.30 pagi hingga 11.00 pagi; 5.00 petang hingga 11.00 malam (Selasa-Ahad); Tutup: Isnin.
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
8. Rahmat Cafe
Bagi orang-orang Pagoh atau mereka yang menghantar anak ke universiti di sekitar Pagoh, boleh singgah ke Rahmat Cafe untuk menikmati kopi premiumnya.
Rahmat Cafe menyediakan pelbagai variasi kopi sama ada panas atau sejuk. Bagi kanak-kanak atau mereka yang tidak minum kopi, boleh memesan minuman coklat, milkshake atau teh mereka.
Antara makanan yang istimewa di sini pula adalah Nasi Lemak Butter Chicken, Nasi Lemak Maktok, Nasi Butter Chicken Cumok, Roti Bakar Atok dan lain-lain.
Alamat: Pusat Perniagaan Presint Sarjana, 29, Persiaran Sarjana, 84500 Panchor, Johor
Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 9.00 malam (Sabtu-Khamis); Tutup: Jumaat.
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
9. Suduhaus
Orang Pasir Gudang, kalau nak ngopi tu boleh singgah kafe Suduhaus. Boleh rasa kopi mesin yang dibru segar.
Dengan harga “marhean” anda boleh menikmati beberapa variasi kopi di sini sama ada panas atau sejuk seperti latte, mocha, caramel macchiato dan americano.
Untuk makanan sampingan, anda mesti cuba ayam cucuk dan cendawan enoki goreng mereka.
Alamat: 203a, Jalan Kong Kong, Kampung Sentosa Barat, 81700 Pasir Gudang, Johor
Waktu Operasi: 12.30 tengah hari hingga 10.00 malam (Ahad-Khamis); 3.00 petang hingga 10.00 malam (Jumaat); Tutup: Sabtu
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim