Mungkin sedikit sukar untuk menjumpai kedai kopi atau kafe yang menarik atau “best” di Labuan ini. Tetapi jangan risau, kami bantu anda dengan senaraikan kafe atau kedai kopi menarik yang ada di Labuan ini.
Jom terjah! Kafe atau kedai kopi mana yang boleh menambat hati anda.
1. Mito Coffee
Jika anda berada di Home Hotel, Hotel Perdana atau Hotel Expo, Mito Coffee adalah kafe atau kedai kopi yang terdekat dengan anda.
Bagi anda yang ingin melepaska kerinduan kepada espreso atau kopi yang dibru segar, boleh singgah ke Mito Coffee!
Mereka menyediakan pelbagai pilihan kopi yang dibru dengan hidangan ringan seperti croffles dan kek.
Apa yang lagi best, kafe ini sangat selesa dan santai. Sesuai untuk anda yang ingin rileks sambil menikmati secawan kopi!
Alamat: G29, Paragon Labuan, Jalan Tun Mustapha, 87008 Labuan, WP Labuan.
Waktu Operasi: 9.00 pagi – 9.00 malam (Selasa – Ahad); Isnin: Tutup
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
2. Chatto Coffee
Chatto Coffee adalah kafe tumpuan yang seterusnya di Labuan ini. Kafe ini berdekatan dengan Hotel Pulau Labuan 2. Jadi, kalau anda menginap di hotel tersebut, anda boleh berjalan kaki ke kafe Chatto ini.
Chatto Coffee menyediakan pelbagai jenis minuman termasuklah kopi, teh, ice-blended, soda, smoothie dan juga minuman bukan berasaskan kopi.
Antara menu kopi yang wajib di cuba di sini ialah Brown Sugar Charcoal Latte dan Caramel Macchiato!
Selain itu, mereka juga turut menghidangkan makanan-makanan sampingan seperti croissant, ciabatta dan charcoal bun.
Nak tahu macam mana rasa? Kena pergi cuba sendiri.
Alamat: Lot 2, Ground Floor, Wisma Lazenda, Jalan Kemajuan, 87000 Labuan, WP Labuan
Waktu Operasi: 8.30 pagi – 9.00 malam (setiap hari)
Status: Mesra Muslim (Muslim friendly)
3. 2 Thirty Cafe
Kedai kopi atau kafe menarik yang seterusnya di Labuan ini adalah 2 Thirty Cafe. Kafe ini terletak di bangunan yang sama dengan Mito Coffee.
Jika anda ingin menikmati makanan barat, pastri berserta kopi, di sini adalah tempatnya.
2 Thirty Cafe ada menyediakan pelbagai hidangan seperti burger, croissant, pasta, bagel dan lain-lain lagi. Antara makanan kegemaran ramai di sini adalah burger!
Kalau anda nak rasa, boleh singgah ke sini!
Alamat: 1st Floor, Paragon Labuan, 87000 Labuan, WP Labuan
Waktu Operasi: 11.30 pagi -8.45 malam (setiap hari)
Status: Mesra Muslim (Muslim friendly)