Kalau di Kuala Lumpur ni, kafe atau kedai kopi menarik mungkin ada banyak yang boleh dipilih. Cuma yang membezakannya mungkin ‘level‘ kayangan atau marhean.
Bagi membantu anda mencari ‘port’ mengopi dengan harga berpatutan dan marhean, kami senaraikan 5 kafe atau kafe kopi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan masing-masing.
Jom! Kita singgah.
1. B&E Coffee
Jika anda ingin menikmati kopi dalam suasana yang santai dan unik, kafe B&E Coffee perlu ada dalam “bucket list” anda.
Mereka menyediakan kopi yang sedap yang setanding dengan kafe-kafe terkemuka.
Jika anda datang ke sini, jangan lupa untuk mencuba minuman istimewa mereka iaitu cloud latte dan white mocha. Pasti berbaloi!
Alamat: Pertama Complex, Jalan Mara, Wilayah Persekutuan, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 8.00 pagi-8.00 malam (setiap hari)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
2. Bayang Coffee TTDI
Kalau anda ingin mencuba kopi ‘single origin‘, Bayang Coffee adalah destinasi yang tepat.
Terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Bayang Coffee menawarkan kopi yang berasal daripada Gunung Gayo, Sumatera, Indonesia.
Kualiti kopinya memang terbaik dan yang penting harganya berpatutan!
Alamat: 52, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 7.00 pagi-12.00 tengah malam (Ahad-Khamis); 7.00 pagi-1.00 pagi (Jumaat & Sabtu)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
3. Brew Corners
Kedai kopi atau kafe Brew Corners adalah destinasi seterusnya untuk anda kunjungi. Jika anda berada di Selayang, ini adalah kafe yang sesuai untuk anda singgah sambil menikmati kopi yang dibru segar.
Selain kopi yang dibru, kafe Brew Corners turut menyediakan pelbagai juadah daripada yang ringan hinggalah yang berat.
Antara menu yang popular adalah tuna spaghetti, baked mac & cheese, buttermilk chicken rice dan sweet sour chicken rice.
Jadi apa tunggu lagi? Belum cuba belum tahu.
Alamat: Lot 1-1, SD Residence, Jalan 15/2a, Taman Wilayah Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi: 12.00 tengah hari – 10.00 malam (Selasa-Ahad); Tutup: Isnin.
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
4. Khairis Coffee
Kalau anda berada di Cheras, boleh singgah di kedai kopi atau kafe Khairis Coffee untuk “pekena” kopi yang dibru dan pelbagai juadah makanan sama ada ringan atau berat.
Walaupun ruangannya agak terhad, tapi kafe Khairis ni tetap mendatangkan suasana yang selesa, anda boleh menikmati pelbagai masakan barat, masakan tempatan dan juga nasi Arab!
Tapi, nasi Arab ni katanya hanya pada hari Jumaat sahaja ada. Dari segi harga, boleh dikatakan berpatutan, standard harga makanan dan minuman di pasaraya.
Satu perkara lagi yang anda semua perlu tahu, di sini parking percuma dan senang! Parking ni pun boleh jadi isu besar kalau tempat parking ni terhad.
Alamat: AS-02 Glenview Business Centre, Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, 56100 Cheras, WP Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 8.00 pagi – 5.00 petang (Isnin-Sabtu); Ahad: Tutup.
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim
5. Coffee & Koala
Satu lagi kedai kopi atau kafe yang menarik Kuala Lumpur yang anda harus cuba adalah kafe Coffee & Koala yang terletak di Taman Melawati.
Kalau anda mahukan kopi premium dengan harga berpatutan, di sinilah tempatnya. Jangan lupa mencuba beberapa menu kopi mereka seperti Mocha Oreo Koalacino, Caramel Mocha, dan Irish cream latte.
Alamat: IFMAL Melawati, 9138, Jalan Bandar 4, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 9.00 pagi – 10.00 malam (setiap hari)
Status: Dimiliki oleh pemilik Muslim