Susu dan kopi sudah semestinya kombinasi yang tidak asing lagi. Susu menjadikan latte anda lemak berkrim. Tetapi tahukah anda bahawa tidak semua susu dihasilkan sama, jadi jenis susu manakah yang terbaik untuk kopi?
Daripada latte ais yang menyegarkan hingga mocha, titisan-titisan susu boleh menambah rasa manis yang halus pada kopi dan mengimbangi keasidannya. Ia juga memberikan pengalaman yang memuaskan.
Justeru itu, jenis susu yang manakah yang perlu anda pilih? Susu lengkap, skim atau separa skim?
Susu Lengkap, Separa Skim atau Skim?
Secara ringkasnya, susu lengkap (whole milk) adalah jenis susu terbaik untuk kopi sekiranya anda ingin menghasilkan tekstur kopi yang terbaik.
Untuk susu menjadi tebal dan berbuih sehingga membentuk tekstur yang lembut, ia memerlukan kandungan lemak dan protein yang tinggi.
Susu lengkap mengandungi 3-4% lemak dan lazimnya ia menjadi pilihan barista profesional.
Semakin tinggi kandungan lemak di dalam susu, semakin berkrim tekstur susu tersebut apabila dibuihkan. Tambahan itu juga, paras protein yang tinggi juga turut menghasilkan buih-buih halus atau turut dikenali sebagai buih mikro.
Manakala, susu separa skim dan susu skim pula lebih sukar untuk dikukus untuk menghasilkan buih kerana kandungan lemak yang lebih rendah.
Susu separa skim mempunyai kandungan lebih separuh lebih rendah daripada susu lengkap dan tidak mempunyai sesetengah gula yang membantu menghasilkan latte yang sedap.
Susu skim pula hanya mengandungi 0.5% lemak sahaja. Apabila dikukus, ia akan menghasilkan buih kering berbanding tekstur yang berkilat dan sempurna.
Bagaimana dengan Krim?
Sesetengah orang suka menikmati kopi mereka dengan krim. Harus diingat bahawa krim mengandungi kandungan lemak yang tinggi sekitar 12-38%.
Menambah krim terlalu banyak mungkin boleh menutup rasa sebenar kopi antara terutamanya sekiranya anda menggunakan biji kopi yang berkualiti tinggi.
Tambahan itu juga, krim pekat pada kuantiti yang tinggi tidak baik untuk kesihatan anda.
Bagaimana Memilih Jenis Susu Terbaik untuk Kopi Anda?
Memilih jenis susu terbaik untuk kopi anda sangat bergantung kepada citarasa masing-masing. Tetapi, secara umumnya, barista profesional mencadangkan susu lengkap sebagai permulaan.
Kemudian, anda boleh bereksperimen dengan susu separa skim atau susu skim bagi melihat kesesuaiannya atau menepati citarasa anda atau tidak.
Selain itu, beberapa perkara lain yang perlu diberikan perhatian untuk mendapatkan hasil terbaik daripada susu anda adalah:
- Pastikan susu anda segar.
- Simpan susu anda di dalam peti sejuk bagi mengekalkan kesegaran susu anda.
- Pastikan peralatan untuk memanaskan atau mengukus susu anda bersih. Kesan susu lama yang tidak dibersihkan boleh menjejaskan rasa kopi susu anda.