Sekiranya anda inginkan kesegaran dan kelainan pada kopi anda, anda perlu mempunyai pengisar kopi sendiri. Terdapat beberapa jenis pengisar kopi, di sini kami membantu anda untuk membuat pemilihan yang sesuai dengan keperluan anda.
Walaupun membeli beg kopi prakisar adalah lebih mudah, namun serbuk kopi jenis ini mungkin telah lemau sebelum anda menggunakannya.
Ia adalah berbeza apabila anda mengisar kopi, ia serta-merta mengeluarkan aroma dan anda akan melihat perbezaan yang dihasilkan di dalam cawan.
Minuman yang dibancuh dengan kopi yang dikisar hanya lima belas minit yang lalu akan kekurangan rasa dan bau yang sama seperti biji kopi yang baru dikisar. Jika anda membeli kopi istimewa, sudah pasti anda mahu rasa yang terbaik.
Di sini, dapat kita lihat bahawa pengisar kopi mempunyai peranan yang penting kepada aroma dan rasa kopi anda.
Secara umumnya, terdapat 6 jenis pengisar kopi yang ada dijual di pasaran. Setiap satunya mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.
1. Pengisar Kopi Manual
Pertamanya adalah pengisar kopi manual. Beberapa kelebihan pengisar kopi manual ini adalah:
- Harga: Pengisar kopi manual biasanya mempunyai harga yang jauh lebih murah berbanding pengisar elektrik. Di samping itu, anda juga boleh menjimatkan bil elektrik!
- Ketercapaian: Pengisar manual juga boleh dibawa kemana-mana sahaja anda pergi, termasuklah ke tempat yang tidak mempunyai elektrik.
- Saiz kisaran versatil: Anda boleh melaraskan saiz pengisaran dengan mudah untuk mana-mana jenis pembancuh kopi rumah, daripada Moka Pot kepada French press.
- Senyap: Pengisar manual juga beroperasi dengan senyap. Ini bermakna anda boleh mengisar biji kopi anda tanpa mengganggu orang lain.
Satu-satunya kelemahan kepada pengisar manual ialah anda perlu melakukan kerja dan menggunakan tenaga anda.
Kelebihan:
- Mampu milik
- Ketercapaian yang mudah
- Senyap
- Saiz kisaran yang pelbagai
Kekurangan:
- Anda perlu menggunakan tenaga anda
2. Pengisar Bilah (Blade Ginder)
Pengisar kopi jenis ini menggunakan bilah pisau panjang di bahagian bawah ruang yang berputar dengan pantas dan memotong apa sahaja yang bersentuhan dengannya.
Tetapi, pengisar jenis ini mengakibatkan pengisaran yang tidak konsisten. Sesetengah biji kopi akan dikisar halus manakala yang lain kekal kasar. Ini menjadikan ia kurang ideal untuk mengekstrak perisa yang kita inginkan daripada kopi.
Walau bagaimanapun, pengisar bilah menawarkan kelebihan seperti:
- Mampu milik: Oleh sebab sifatnya yang ringkas dan kekurangan bahagian yang ekstensif, harganya juga adalah mampu milik dan tidak terlalu mahal.
- Senang digunakan: Tekan butang sehingga anda berpuas hati dengan pengisaran dan anda selesai.
- Pembersihan: Berbanding dengan pengisar elektrik dan manual yang lain, pengisar bilah adalah yang paling mudah untuk dibersihkan dan diselenggara.
Walau bagaimanapun, pengisar bilah turut mempunyai kekurangannya.
Di samping kekurangan saiz kisar yang seragam, bilah pengisar ini menghasilkan haba apabila ia bersentuhan dengan biji kopi. Haba ini boleh mengganggu rasa kopi.
Kelebihan:
- Mampu milik
- Mudah digunakan
- Saiz kecil
Kekurangan:
- Saiz kisaran yang tidak konsisten
- Haba
- Bahagian dan bahan-bahan berkualiti rendah
3. Pengisar Elektrik
Pengisar elektrik bagus untuk anda yang sibuk tetapi masih memerlukan secawan kopi segar untuk memulakan hari anda.
Berbanding dengan pengisar manual, pengisar elektrik menawarkan lebih banyak tetapan pengisaran dan mampu mengisar kuantiti kopi segar yang lebih besar dengan hanya menekan satu butang.
Walau bagaimanapun, pengisar elektrik yang berkualiti datang dengan harga yang agak mahal.
Jika anda memilih untuk menggunakan pengisar elektrik, melabur kepada pengisar elektrik berprestasi tinggi untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Elakkan membeli pengisar elektrik murah kerana ia menggunakan bahan dan bahagian berkualiti rendah yang menghasilkan saiz kisaran yang tidak seragam dan cepat haus.
Walau bagaimanapun, pengisar elektrik masih mempunyai beberapa kelemahan. Dua aduan yang paling biasa dilaporkan adalah pengisar elektrik mempunyai bunyi yang bising dan memerlukan penyelenggaraan yang berterusan.
Kelebihan:
- Mengisar kuantiti kopi yang banyak dengan cepat
- Bahan dan bahagian tahan lasak (pengisar berkualiti tinggi)
- Tetapan pengisaran yang luas
Kekurangan:
- Bunyi bising
- Memerlukan elektrik
- Pengisar berkualiti rendah mudah rosak
- Prestasi berdasarkan harga
4. Pengisar Bergerigi (Burr grinder)
Pengisar bergerigi ialah standard industri untuk pengisar kopi di rumah dan di kafe.
Pengisar bergerigi bergantung pada dua gerigi, berputar ke arah yang bertentangan, untuk mengarahkan biji kopi ke bawah corong di mana ia dikisar menjadi saiz yang seragam.
Memandangkan gerigi diperbuat daripada seramik atau keluli tahan karat, hanya sedikit haba dijana semasa proses pengisaran, maka ia masih mengekalkan rasa yang utuh semasa biji kopi dikisar.
Proses ini menjadikannya lebih mudah untuk mengisar kopi secara konsisten untuk sebarang jenis pembancuh. Semakin rapat gerigi bersama, semakin halus pengisaran dan sebaliknya.
Fungsi ini juga membolehkan pembuat kopi di rumah memperhalusi pengisaran mereka dengan pelarasan yang sangat kecil untuk mendapatkan tetapan pengisaran itu dengan tepat.
Sudah tentu, konsistensi dan kualiti ini disertakan dengan harga yang besar. Pengisar ini tidak murah! Tetapi, ia dibina untuk bertahan lama menjadikan pelaburan anda berbaloi.
Kelebihan:
- Saiz kisaran yang konsisten
- Tetapan kisaran yang banyak
- Sedikit haba atau tiada haba
- Kualiti bahan-bahan gerigi
Kekurangan:
- Mahal
5. Pengisar Espreso
Bagi peminat espreso, pengisar espreso mungkin menjadi pilihan.
Ini kerana pengisar espreso membolehkan pembuat kopi membuat pelarasan saiz kisaran yang rumit untuk menghasilkan “shot” yang sempurna.
Seperti yang diketahui penggemar espreso, walaupun sedikit pelarasan boleh mengubah “shot” daripada berair dan masam kepada pekat dan manis.
Banyak pengisar espresso juga termasuk ciri berfaedah seperti:
- Portafilter
- Tetapan dos
- Penjaga masa
Meskipun begitu, harus diingat bahawa pengisar espreso tidak murah!
Kelebihan:
- Kekhususan mengisar
- Ciri-ciri dos
- Kualiti bahan-bahan gerigi dan saiz gerigi
Kekurangan:
- Mahal
- Sukar untuk dibersihkan
6. Pengisar Perjalanan (Travel Grinder)
Bagi anda yang suka melancong tetapi mahukan kopi yang menyegarkan, pengisar perjalanan adalah salah satu kelengkapan kopi yang harus dimiliki.
Terdapat beberapa pengisar perjalanan yang tersedia, termasuk pengisar elektrik mudah alih, tetapi tidak ada yang menawarkan kemudahan, kesederhanaan dan konsistensi seperti yang dilakukan oleh pengisar gerigi manual.
Kelebihan:
- Kopi semasa dalam perjalanan
- Mudah ali
- Tidak mahal
Kekurangan:
- Memerlukan tenaga