Kopi adalah salah satu minuman paling popular di dunia. Ia menawarkan rasa yang lazat, boleh membantu anda kekal berwaspada dan mempunyai beberapa manfaat kesihatan. Tetapi, adakah anda tahu bahawa terdapat banyak fakta menarik tentang kopi yang mungkin mengejutkan anda?
Bagi seorang pencinta kopi, mengetahui fakta-fakta kopi ini boleh menjadikan anda seorang pencinta kopi yang sejati.
Berikut adalah 10 fakta menarik mengenai kopi yang mungkin anda tidak tahu:
1. Penggunaan Kopi Pertama Bermula Pada Sekitar Tahun 850 SM
Biji kopi pertama kali ditemui di Ethiopia, dan tumbuhan itu dianggap berasal dari sana. Penggunaan kopi pertama yang diketahui bermula pada sekitar tahun 850 sebelum masihi (SM) di Yaman.
2. Perkataan “Kopi” Berasal daripada Perkataan Arab “Qahwah”
Perkataan kopi berasal daripada perkataan Arab iaitu “qahwah” yang bermaksud ” untuk mengelakkan tidur”.
3. Cawan Kopi Pertama dihidangkan di Masjid Turki
Cawan kopi pertama di dunia dihidangkan di masjid Turki sekitar tahun 1550.
Kedai kopi menjadi popular di Eropah pada abad ke-17 dan sering dikaitkan dengan penentang politik dan revolusioner.
4. Mesin Espreso Pertama Dicipta oleh Luigi Bezzera
Mesin espreso pertama dicipta oleh Luigi Bezzera dan dipatenkan di Itali pada tahun 1901.
5. Kopi adalah Minuman Paling Banyak Diminum di Dunia
Kopi adalah minuman yang paling banyak di minum di dunia ini. Dianggarkan lebih 500 juta cawan kopi diminum setiap hari di seluruh dunia.
6. Kopi di Tanam di lebih 20 Juta Ekar Tanah
Pokok kopi ditanam di lebih 20 juta ekar tanah di seluruh dunia. Brazil adalah negara pengeluar kopi yang utama di dunia.
7. Kopi Paling Mahal adalah Kopi Luwak
Kopi Luwak adalah biji kopi yang paling mahal di dunia. Kopi Luwak dihasilkan daripada biji kopi yang telah dicernakan oleh spesies musang Asia yang dikenali sebagai Asian Palm Civet.
8. Kopi adalah Komoditi Kedua Paling Berharga di Dunia
Kopi adalah komoditi kedua paling berharga di dunia selepas minyak.
9. Setiap Individu Meminum Kira-kira 3 Cawan Kopi Sehari
Secara puratanya, dianggarkan bahawa setiap individu dewasa meminum kira-kira 3 cawan kopi sehari.
10. Di Amerika, Kopi Paling Popular di Wilayah Timur Laut
Di Amerika, kopi paling popular di wilayah timur lautnya iaitu melibatkan negeri-negeri seperti Connecticut, Maine, Massachusetts, New Hampshire, New Jersey, New York, Pennsylvania, Rhode Island, dan Vermont.