Terdapat banyak jenis dan model pengisar kopi yang dijual di pasaran. Anda mungkin mengalami kesukaran untuk memilih jenis pengisar yang sesuai untuk anda. Oleh itu, kami akan bantu anda memilih pengisar kopi yang bersesuai dengan anda.
Terdapat 10 faktor yang perlu anda pertimbangkan sebelum anda membuat keputusan untuk membeli pengisar kopi. Hal ini penting kerana setiap orang mempunyai keutamaan masing-masing.
Anda yang mungkin hanya menggunakan pengisar kopi untuk kegunaan peribadi sahaja, ada juga yang membelinya untuk kegunaan kedai kopi atau kafe yang dimiliki mereka.
Justeru itu, adalah tidak rugi sekiranya anda mengetahui 10 faktor ini sebelum anda membuat keputusan untuk membeli pengisar kopi anda.
1. Saiz Kisaran dan Kekonsistenan
Saiz kisaran dan kekonsistenan adalah dua perkara penting yang perlu anda fikirkan dalam pencarian anda untuk pengisar kopi baharu.
Dua faktor ini berkait rapat dengan rasa dan aroma yang anda akan dapat daripada kopi anda.
Jelas sekali, kualiti biji kopi yang anda beli turut memainkan peranan yang besar dalam hal itu, tetapi untuk menikmati sepenuhnya biji kopi yang berkualiti tinggi, anda perlu mengisarnya sejurus sebelum membuat kopi anda dan mendapatkan kisaran yang halus dan konsisten dari segi saiz.
Ini adalah kunci kepada secawan kopi yang enak. Kebanyakan pengisar gerigi (burr grinder) akan melakukan kerja ini dengan baik.
2. Harga
Pengisar kopi yang bagus biasanya tidak murah. Jika anda sanggup membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan pengisar yang terbaik, maka anda boleh melihat pengisar gerigi.
Harus diingat di sini bahawa lebih banyak anda akan berbelanja untuk biji kopi, lebih banyak yang anda akan dapat sekrianya menggunakan pengisar mewah.
Kos pendahuluan yang lebih tinggi mungkin kelihatan lebih sukar untuk ditelan pada masa ini, tetapi jika anda berbelanja banyak untuk kopi berkualiti tinggi dan anda tidak mendapat rasa penuh daripadanya, anda hanyalah membazirkan wang.
Namun, sekiranya anda hanya ingin menggunakan pengisar kopi ini untuk tujuan peribadi sahaja, anda boleh memilih pengisar kopi elektrik atau manual yang mempunyai harga yang lebih murah.
3. Kapasiti
Pengisar yang anda lihat setiap satunya dibina untuk menampung jumlah kopi tertentu setiap kali anda menggunakannya.
Anda akan mendapat rasa yang lebih baik daripada kopi anda jika anda mengisar biji kopi setiap kali anda ingin membrunya (membancuhnya).
Maka, pada asasnya, anda tidak memerlukan pengisar yang mempunyai kapasiti yang besar untuk membru kopi anda seorang.
Sebaliknya, jika anda menjangkakan untuk kerap membuat kopi untuk beberapa orang, maka carilah pengisar yang mempunyai kapasiti yang boleh memuatkan semua orang.
4. Kelajuan
Walaupun kelajuan tinggi mungkin terdengar seperti bagus, ia sebenarnya merupakan tanda bahawa produk pengisar kopi itu lebih murah yang tidak akan bertahan lama.
Pengisar kopi dengan motor berkelajuan tinggi menghasilkan lebih banyak haba, yang berisiko membakar kopi dan mempengaruhi rasa dan aroma secara negatif.
Jika anda ingin mengelakkan panas, anda perlu bermula dan berhenti setiap kali anda mengisar kopi yang menyebabkan ia mengambil masa yang lebih lama untuk mengisar biji secawan.
Selain itu, proses mula dan henti boleh menyebabkan pengisar tersebut lebih cepat haus, bermakna ia tidak akan mempunyai hayat yang lama.
Secara amnya, anda harus mengutamakan mesin yang mengisar pada kelajuan yang lebih rendah.
5. Haba
Selepas saiz serbuk kopi, haba adalah faktor utama lain yang mempengaruhi rasa kopi anda.
Jika pengisar anda memanaskan biji kopi semasa ia mengisarnya, ia akan membakar serbuk kopi tersebut dan berpotensi mengubah rasanya menjadi lebih teruk.
Seperti yang baru disebutkan, perkara utama yang mempengaruhi haba serbuk kopi anda ialah kelajuan pengisar anda dan cara motor berfungsi.
Salah satu perbezaan besar dalam beberapa pengisar kopi yang lebih mahal ialah keupayaan untuk mengawal kelajuan untuk mengurangkan jumlah haba yang dihasilkan oleh pengisar.
Walaupun ini boleh menambah kos terhadap mesin tersebut, ia juga boleh memainkan peranan besar terhadap kualiti rasa kopi anda. Ia mungkin berbaloi dengan kos yang anda keluarkan.
6. Saiz
Pertimbangan praktikal yang perlu anda lakukan sebelum membeli sebarang pengisar kopi ialah saiz pengisar dan ruang yang ada di dapur atau kedai anda.
Tidak kira betapa besar atau kecilnya dapur anda, kebanyakannya akan mempunyai ruang kaunter atau kabinet yang terhad.
Oleh itu, sebelum anda memulakan carian anda, pastikan anda tahu berapa banyak ruang yang anda ada. Pengisar kopi tidak begitu besar, tetapi ia masih memerlukan ruang.
Sama ada ia terletak di atas meja atau disimpan apabila tidak digunakan, pastikan anda membeli produk yang sesuai di tempat yang anda fikirkan.
7. Mudah untuk Digunakan dan Dibersihkan
Sesetengah orang mungkin bersedia untuk bersusah payah untuk mendapatkan secawan kopi yang sempurna. Manakala, sesetengah orang pula akan mahu proses itu berada di sisi yang lebih mudah.
Pengisar kopi berbeza-beza mengikut kerumitan penggunaan dan pembersihannya. Jika anda tahu anda akan kecewa dengan mesin yang membuatkan anda melakukan kerja tambahan setiap hari untuk digunakan, atau yang sentiasa melibatkan banyak masa dan kekecewaan untuk membersihkannya, maka luangkan sedikit masa untuk membaca ulasan tentang produk sebelum membuat pembelian .
8. Bunyi
Jika anda sensitif dengan bunyi bising produk dapur anda, maka anda pasti ingin memilih mesin pengisar kopi yang lebih senyap terutamanya kerana ini adalah produk yang mungkin anda ingin gunakan pada awal pagi.
Pengisar gerigi kon biasanya lebih senyap daripada pengisar gerigi rata. Dan pengisar gerigi cenderung lebih baik daripada pengisar bilah dalam hal ini.
Manakala, pengisar manual lebih senyap daripada pengisar elektrik.
9. Ketahanan
Sekiranya anda membeli pengisar kopi yang baru, sudah tentu anda inginkan produk yang mempunyai ketahanan yang tinggi.
Biasanya, produk pengisar kopi yang mempunyai tanda harga yang tinggi mempunyai ketahanan yang lebih lama. Secara amnya, anda boleh menjangkakan pengisar gerigi seramik tahan lebih lama daripada keluli tahan karat.
Salah satu sumber terbaik untuk anda mendapatkan idea tentang berapa lama anda boleh mengharapkan model pengisar kopi tertentu untuk bertahan ialah ulasan pelanggan.
Pelanggan selalunya akan cepat mengadu tentangnya jika pengisar kopi mereka tidak bertahan lama seperti yang diharapkan, dan memujinya jika ia melebihi jangkaan.
10. Nilai Estetika
Walaupun kebanyakan penggemar kopi mungkin menimbang fungsi berbanding penampilan dalam keputusan mereka, jika pengisar kopi anda akan berada di kaunter dapur anda, sebaiknya anda mahu ia menjadi sesuatu yang anda gembira melihatnya.
Jika nilai estetika penting kepada anda, luangkan sedikit masa untuk menyemak imbas pilihan anda. Sesetengah pengisar kopi pastinya direka lebih dengan mengambil kira penampilan, tersedia dalam pelbagai warna dan kemasan.