Jika anda pencinta kopi dan coklat, minuman kopi mocha adalah pilihan yang sempurna untuk anda. Jika anda ingin mencuba untuk membuat kopi mocha ini sendiri, kami kongsikan kepada anda cara membuat kopi mocha di sini.
Kopi mocha turut dikenali dengan beberapa nama lain seperti mocha latte atau caffe mocha. Secara asasnya, ia melibatkan gabungan antara espreso, serbuk atau sirap coklat diikuti dengan susu atau krim.
Kopi mocha juga adalah antara minuman yang popular di seluruh dunia. Untungnya, mocha mudah dibuat di rumah, dan anda boleh menambah seberapa banyak hiasan atas (topping) yang anda inginkan.
Biasanya dihidangkan dengan buih susu di atasnya, mocha boleh disaji dengan krim putar, taburan atau serbuk koko.
Berikut kami kongsikan cara membuat kopi mocha di dapur anda sendiri:
Cara Membuat Kopi Mocha
Peralatan
- Mesin espreso atau mocha pot
- Pengukus susu
- Ketuhar gelombang mikro /dapur gas
- Cawan kopi
Bahan-bahan
- 44-60ml espreso atau kopi pekat
- 250 ml susu
- 2 sudu besar sirap coklat
- Hiasan atas (pilihan)
Cara-cara
1. Sediakan kopi
Bergantung kepada pembancuh kopi yang anda gunakan, mocha pot atau mesin espreso.
Jika anda menggunakan mesin espreso, kami syorkan anda menarik syot ristretto pendek untuk kopi mocha kerana rasa pekatnya sangat sesuai dengan coklat. Ini akan menghasilkan kira-kira 44 ml air kopi.
Sekiranya menggunakan kopi pekat, kami sarankan 60 ml air kopi.
2. Panaskan susu
Tambahkan 250 ml susu ke dalam mangkuk atau cawan yang selamat untuk digunakan dengan ketuhar gelombang mikro. Panaskan selama 1 minit dan keluarkan dari ketuhar gelombang mikro.
Sebagai alternatif, anda boleh memanaskan susu dalam kuali di atas dapur. Pastikan api sederhana dan selalu mengacaunya, matikan api sebelum susu mula mendidih.
Suhu yang disarankan untuk mocha adalah sekitar 70-77°C. Anda boleh menjadikannya lebih panas atau lebih sejuk jika anda suka, tetapi jangan biarkan sehingga susu terbakar.
3. Buihkan susu
Jika anda mempunyai pembuih susu, langkah ini akan menjadi mudah. Jika tidak, anda boleh membuih susu anda menggunakan pemukul (whisk).
4. Tambahkan sirap coklat
Tuangkan 2 sudu besar sirap coklat kegemaran anda ke dalam bahagian bawah cawan kopi. Untuk penampilan seperti kedai kopi, siramkan sirap di sepanjang tepi dalam cawan.
5. Tambahkan espreso
Tuangkan espresso yang dibancuh atau kopi pekat anda ke dalam cawan. Kacau untuk larutkan coklat.
6. Tambahkan susu panas dan buih
Sambil menahan buih, tuangkan susu kukus ke dalam espresso. Hias bahagian atas dengan buih dan hiasi dengan krim putar, sirap coklat atau taburan serbuk koko.
Resepi Mocha
Peralatan
- Mesin espreso atau mocha pot
- Pengukus susu
- Ketuhar gelombang mikro /dapur gas
- Cawan kopi
Bahan-bahan
- 44-60 ml espreso atau kopi pekat
- 250 ml susu
- 2 tbsp sirap coklat
- Hiasan atas (krim putar & serbuk koko)
Cara-cara
- 1. Bergantung kepada pembancuh kopi yang anda gunakan, mocha pot atau mesin espreso.Jika anda menggunakan mesin espreso, kami syorkan anda menarik syot ristretto pendek untuk kopi mocha kerana rasa pekatnya sangat sesuai dengan coklat. Ini akan menghasilkan kira-kira 44 ml air kopi.
- 2. Tambahkan 250 ml susu ke dalam mangkuk atau cawan yang selamat untuk digunakan dengan ketuhar gelombang mikro. Panaskan selama 1 minit dan keluarkan dari ketuhar gelombang mikro. Sebagai alternatif, anda boleh memanaskan susu dalam kuali di atas dapur. Pastikan api sederhana dan selalu mengacaunya, matikan api sebelum susu mula mendidih.Suhu yang disarankan untuk mocha adalah sekitar 70-77°C. Anda boleh menjadikannya lebih panas atau lebih sejuk jika anda suka, tetapi jangan biarkan sehingga susu terbakar.
- 3. Jika anda mempunyai pembuih susu, langkah ini akan menjadi mudah. Jika tidak, anda boleh membuih susu anda menggunakan pemukul (whisk).
- 4. Tuangkan 2 sudu besar sirap coklat kegemaran anda ke dalam bahagian bawah cawan kopi. Untuk penampilan seperti kedai kopi, siramkan sirap di sepanjang tepi dalam cawan.
- 5. Tuangkan espresso yang dibancuh atau kopi pekat anda ke dalam cawan. Kacau untuk larutkan coklat.
- 6. Sambil menahan buih, tuangkan susu kukus ke dalam espresso. Hias bahagian atas dengan buih dan hiasi dengan krim putar, sirap coklat atau taburan serbuk koko.