Jika anda mengidamkan kopi ais yang enak pada musim panas, tetapi tidak menyukai cara biasa kerana menyebabkan kopi anda berasa berair atau terlalu pahit, maka hanya ada satu penyelesaian: kopi bru sejuk (cold brew coffee). Ketahui cara membuat kopi bru sejuk di sini.
Membuat kopi bru sejuk tidak memerlukan kemahiran seperti seorang pembuat kopi (barista) atau peralatan yang istimewa dan mahal.
Langkah-langkah Membuat Kopi Bru Sejuk
Membuat kopi bru sejuk hanya memerlukan beberapa langkah mudah iaitu:
- Kisar biji kopi secara kasar atau membeli serbuk kopi yang kasar.
- Campur serbuk kopi tersebut dengan air dan biarkan semalaman atau sekitar 12 jam.
- Semasa proses ini, kopi tersebut akan perlahan-lahan terseduh ke dalam air menghasilkan bru yang pekat.
- Tapis pada keesokkan harinya dan anda boleh meminumnya.
Bagaimana untuk Menghidangkan Kopi Bru Sejuk
Kopi bru sejuk boleh dihidangkan dengan ais atau panas, bergantung kepada citarasa masing-masing.
Sekiranya ingin dihidangkan panas, kopi ini harus dipanaskan terlebih dahulu.
Sekiranya kopi ini terlalu pekat bagi anda, ada boleh mencairkannya sama ada melalui ais yang dicampurkan atau menambah sedikit air atau susu untuk mencairkannya.
Petua untuk Berjaya
- Pastikan anda menggunakan biji kopi yang dikisar kasar.
- Gunakan air bertapis.
- Rendam sekurang-kurangnya 12 jam.
- Sejukkan dengan ais atau ais kiub kopi.
- Simpan dalam suhu yang sejuk.
Cara Membuat Kopi Bru Sejuk
Resepi Kopi Bru Sejuk
Peralatan
- 1 Cawan kopi
- 4 Cawan air
- 1 Pengisar kopi (jika perlu)
- 1 Pengisar rempah atau pengisar kering (jika perlu)
Bahan-bahan
- 113 g biji kopi atau serbuk kopi kasar
- 900 ml air
- 10-20 kiub ais
Cara-cara
1. Kisar Biji Kopi
- Kisar biji kopi anda menggunakan pengisar kopi pada ketetapan kasar atau kisar menggunakan pengisar rempah atau pengisar kering. Kisar secara ringkas. Kisarnya tersebut mesti kelihatan seperti kasar dan bukannya serbuk halus.
2. Gabungkan Kopi dan Air
- Masukkan serbuk kopi yang dikisar tadi ke dalam bekas yang ingin dijadikan bru sejuk. Kemudian, tuangkan air di atas. Kacau dengan lembut menggunakan sudu panjang bagi memastikan serbuk kopi tersebut benar-benar sebati dengan air
3. Rendam Semalaman
- Tutup bekas tadi dan biarkan semalam atau sekurang-kurangnya 12 jam. Bekas yang mengandungi air kopi tersebut boleh dibiarkan di luar atau diletakkan di dalam peti sejuk.
4. Tapis Kopi
- Selepas 12 jam, tapis kopi tersebut menggunakan penapis kain yang diletakkan di atas bekas atau mangkuk yang besar.Tuang kopi tersebut ke atas penapis.
5. Penyimpanan
- Pindahkan kopi ke dalam botol kecil atau balang dan simpan di dalam peti sejuk sehingga seminggu.
6. Hidangkan
- Cairkan kopi dengan air atau susu sebanyak yang anda suka. Hidangkan bersama-sama ais.