Membuat kopi espreso adalah satu seni. Seperti kebanyakan seni, ia harus menghasilkan reaksi kegembiraan. Tetapi malangnya, ada masanya mungkin anda melakukan sedikit kesilapan dan menyebabkan kopi espreso anda menjadi masam.
Anda mungkin tertanya-tanya kenapa kopi espreso anda menjadi masam? Apakah puncanya?
Jangan bimbang kerana ia hanyalah melibatkan masalah yang kecil dan boleh diatasi. Apa yang penting adalah anda memahami faktor-faktor yang memainkan peranan terhadap rasa kopi anda.
Mari kita lihat cara untuk membaiki rasa masam espreso anda.
Apa itu Espreso Masam?
Mendapat rasa masam dalam espreso adalah perkara biasa, tidak menyenangkan atau menggembirakan. Mungkin hanya sesuai untuk dibuang.
Apakah tanda-tanda yang memberitahu anda bahawa espreso akan menjadi masam?
Mari kita bincangkan tiga bahagian utama iaitu puck kopi, crema, dan rasa.
Anda boleh menjangkakan espreso masam di dalam keping (puck) kopi atau serbuk kopi terpakai yang ditinggalkan di dalam portafilter selepas anda selesai menarik espreso.
Apabila anda cuba mengetuknya keluar, anda akan melihat bahawa ia tepu seperti setompok lumpur.
Espreso yang diekstrak dengan sempurna mempunyai crema yang cantik daripada minyak kopi yang mempunyai warna coklat yang sempurna.
Jika tuangan itu cair dan berwarna kuning pucat, maka ia menandakan ada sesuatu yang tidak kena. Anda akan mendapat crema yang nipis dan cair.
Bahagian yang paling tidak menyenangkan adalah rasa. Ia akan menjadi sangat masam iaitu masam yang mengatasi rasa-rasa lain dalam kopi espreso anda.
Faktor-faktor yang Menyebabkan Espreso Menjadi Masam
Antara ciri-ciri yang boleh menjadi tanda bahawa espreso anda itu menjadi masam adalah apabila anda menarik syot, ia keluar dengan pantas dibawah 15 saat.
Tuangan dan crema adalah pucat dan kepingan (puck) kopi adalah basah. Semua tanda-tanda ini menunjukkan masalah dengan pengekstrakan.
Kopi espreso yang diekstrak tidak sempurna mempunyai rasa yang masam dan lemah. Sudah tentu, terlebih mengekstrak kopi anda juga bukanlah perkara yang baik.
1. Kebersihan peralatan
Kebersihan peralatan mesin espreso yang digunakan adalah penting kerana sisa minyak kopi atau serbuk kopi lama yang melekat boleh menjejaskan rasa kopi anda.
2. Kualiti biji kopi
Kualiti biji kopi juga memainkan peranan terhadap rasa kopi anda. Oleh itu, menggunakan biji kopi yang berkualiti tinggi juga adalah penting.
Standard tinggi sepanjang penanaman, penuaian dan pemprosesan kopi adalah penting.
Kesilapan pada bahagian ini boleh menyebabkan biji kopi menjadi masam atau mempunyai rasa yang tidak enak.
3. Pengisar
Jika anda menggunakan pengisar bilah, sila ubah. Kisaran yang tidak konsisten dan haba yang terbentuk akan memberikan anda espresso yang tidak sesuai untuk dienak diminum.
Sebaliknya. gunakan pengisar kopi burr dan kisar secara halus.
4. Dos dan Nisbah
Semak nisbah minuman anda untuk memastikan anda menggunakan dos yang betul untuk bakul penapis. Nisbah minuman merujuk kepada jumlah serbuk kopi yang anda gunakan (dos) dengan jumlah espreso yang dibancuh (hasil).
Anda boleh mulakan dengan nisbah 1:2 standard (kopi kepada air). Kebanyakan barista menggunakan dos antara 18 dan 21 gram kopi.
Sekiranya anda menggunakan biji kopi panggangan ringan, pertimbangkan untuk menggunakan dos yang lebih rendah iaitu antara 17 hingga 19 gram kopi untuk mengimbangi pengurangan keterlarutan berbanding dengan panggangan yang lebih pekat.
Bagi espreso yang bertujuan untuk minuman berasaskan susu, nisbah yang lebih tinggi mungkin lebih sesuai supaya rasa kopi lebih menyerlah.
5. Hasil dan Masa
Aspek yang berikutnya adalah hasil yang turut berkaitan dengan masa.
Berapa lama anda menarik syot espreso menentukan hasil. Ia juga menjejaskan rasa kerana unsur pertama yang diekstrak dalam espreso adalah rasa asid dan masam. Kemudian, barulah minyak dan manis.
Jika anda tidak menarik syot espreso cukup lama, satu-satunya perkara yang anda ekstrak ialah rasa yang berasid dan masam.
Pengekstrakan pantas seperti itu mengehadkan masa untuk minyak dan kemanisan diekstrak, jadi anda akan menikmati kopi nipis dan bancuhan dengan rasa masam.
Umumnya, syot espreso yang mengambil masa kurang daripada 20 saat akan terasa masam. Untuk mengelakkan rasa masam, sasarkan masa pengekstrakan antara 20-30 saat.
6. Suhu Air
Suhu yang ideal untuk membru espreso adalah antara 90.5°C hingga 96°C. Sukat suhu air sejurus ia keluar daripada group head dan kalibrasi jika perlu.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, untuk membetulkan rasa masam dalam espreso, beberapa aspek yang perlu anda perhatikan adalah menggunakan nisbah yang betul, gunakan kisaran halus, tamp dengan kuat, perhatikan masa dan hasil dan periksa suhu minuman.
Selain itu, pastikan juga anda membersihkan peralatan mesin espreso anda dengan betul. Untuk hasil yang terbaik sudah tentu anda perlukan biji kopi yang berkualiti tinggi.
Sekiranya anda ingin mengubah aspek-aspek ini, lakukan hanya satu perubahan pada satu masa.
Perhatikan perubahan dan hasilnya. Kemudian beralih kepada hanya satu perubahan lain dan catatkan. Dengan cara itu, anda akan tahu apa yang anda lakukan dengan betul atau apa yang anda lakukan adalah salah.