Apa itu Moka Pot?
Moka Pot adalah sejenis pembancuh kopi elektrik atau dapur gas yang membru kopi dengan mengalirkan wap air melalui serbuk kopi.
Moka Pot terdiri daripada 3 ruang (kebuk) iaitu satu untuk air, satu untuk serbuk kopi dan satu untuk campuran yang telah siap.
Moka Pot dinamakan sempena bandar di Yaman iaitu Mokha. Pembancuh kopi ini direka oleh seorang jurutera Itali, Alfonso Bialetti pada tahun 1933.
Syarikat Bialetti seterusnya menghasilkan model yang sama dengan nama dagangan “Moka Express”. Ia kemudiaanya tersebar dari Itali ke negara-negara Eropah yang lain dan juga Amerika Latin.
Sejarah
Sejak direka pada tahun 1933, reka bentuk Moka Pot tidak mempunyai perubahan ketara. Malah, ia kini boleh dijumpai di banyak tempat selain dari negara asalnya, Itali.
Idea penghasilan “Moka Express” telah meletakkan Syarikat Bialetti sebagai salah satu pengeluar utama Itali bagi produk Moka Pot.
Pada tahun 1958, reputasi jenama Bialetti semakin mantap. Ini hasil daripada pengiklanan dan kempen yang menggunakan Lelaki Bermisai (Mustachioed Man) yang menjadi logo jenama bagi industri Bialetti.
Pada tahun 2016, Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Bialetti membawa perubahan kepada Moka klasik bagi membolehkan ia digunakan bersama-sama dengan plat panas elektrik, dapur seramik kaca dan tempat memasak aruhan.
Bagaimana Ia Berfungsi?
Moka Pot berfungsi berdasarkan prinsip tekanan. Ia adalah sama dengan mesin espreso.
Lebih khusus lagi, tekanan standard mesin espreso moden ialah sekurang-kurangnya 9 bar. Sebaliknya, Moka Pot menggunakan tekanan kira-kira 1.5 bar.
Mekanisme Moka dikaitkan dengan struktur dan komponennya iaitu:
- ruang bawah, dandang yang bertindak sebagai tapak
- penapis corong dengan plat
- ruang atas tempat kopi dikumpulkan
Apabila Moka Pot diletakkan di atas dapur, air menjadi panas dan menghasilkan wap. Ini meningkatkan tekanan dalam ruang bawah dan menolak air naik melalui butiran serbuk kopi dan ke ruang atas di mana ia sedia untuk dituangkan.
Kelebihan dan Kekurangan Moka Pot
Menggunakan Moka Pot mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Antaranya adalah:
Kelebihan
- Senang digunakan
- Tidak mahal berbanding mesin espreso
- Mempunyai banyak pilihan untuk jenis dapur yang digunakan
- Banyak pilihan saiz
Kekurangan
- Isipadu yang lebih kecil berbanding mesin espreso
- Masa penyediaan yang lebih lama bagi Moka Pot menggunakan elektrik