Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu espreso dan apa perbezaan antara espreso dengan kopi lain. Mungkin juga ada yang berpendapat ia adalah sama sahaja. Untuk membantu anda menjawab persoalan-persoalan yang bermain di minda anda, kami terangkan di sini perbezaan antara espreso dengan kopi lain.
Apa itu Espreso?
Bukankah espreso juga kopi? Jawapannya adalah ya. Kopi adalah minuman yang diekstrak daripada biji kopi. Apa yang membezakan espreso dengan kopi lain adalah kaedah penyediaannya.
Espreso adalah kopi yang dalam bentuk pekat dan penuh dengan rasa yang dihidangkan dalam bentuk “shot“.
Espreso dibancuh dengan memaksa air panas bertekanan melalui biji kopi yang dikisar halus menggunakan mesin espreso. Hasilnya adalah cecair yang lebih pekat daripada kopi yang dilitupi dengan buih perang yang dipanggil “crema“. Crema menambah rasa yang kaya dan meninggalkan rasa kesan (aftertaste) espreso.
Perbezaan Antara Espreso dan Kopi Lain
Pada asasnya, espreso masih dihasilkan menggunakan tumbuhan yang sama dengan kopi. Espreso mungkin dihasilkan daripada biji kopi Arabica atau Robusta.
Perbezaan yang jelas antara espreso dan kopi adalah pengisaran dan rawatan terhadap biji kopi tersebut. Dalam penyediaan espreso, biji kopi tersebut dikisar kepada konsistensi yang lebih halus daripada kopi dan dibungkus dengan kemas.
Perbezaan yang seterusnya yang membezakan espreso dengan kopi adalah kaedah membru. Espreso dibru dengan menggunakan mesin espreso. Mesin espreso menekan dan menembak air yang hampir mendidih melalui biji kopi yang dikisar halus.
Kaedah membru ini menjadikan espreso sebagai minuman kopi yang mempunyai aroma yang kompleks dan padat dengan kafein dalam masa yang singkat (mungkin kurang daripada 30 saat!).
Selain itu, espreso juga lazimnya dihidangkan pada saiz hidangan yang lebih kecil iaitu kira-kira 30 mililiter. Ini kerana espreso lebih pekat.
Kegunaan
Espreso paling banyak diminum dan disukai di negara asalannya iaitu Itali. Biasanya di Itali, espreso dihidangkan segar dan tambah bahan tambahan.
Malah, espreso tersebut dihidangkan dalam cawan khas yang dipanggil “demitasse cup“.
Walaupun kebanyakannya espreso dihidangkan dengan satu “shot” sahaja, tetapi ada juga yang menghidangkannya mengguna dua “shot“.
Espreso juga boleh dibancuh menggunakan jumlah kopi yang sama tetapi dua kali ganda jumlah air.
Pada kelazimannya, espreso popular diminum pada awal pagi atau selepas makan.
Bagaimana untuk Meminum Espreso?
Espreso sepatutnya diminum dengan dihirup perlahan-lahan untuk menikmati rasanya yang kaya dan beraroma.
Bergantung kepada peminumnya, ada yang suka espreso yang kosong, ada juga yang menyukai espreso yang ditambah gula atau pemanis lain. Kadang-kadang, espreso juga dihidangkan bersama-sama dengan biskut.
Espreso juga digunakan untuk menghasilkan pelbagai minuman kopi lain yang terkenal di kafe seperti:
- Caffé latte
- Caffé Americano
- Cappuccino
- Red-eye