Bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam dunia kopi, mungkin anda tertanya-tanya apa itu cappuccino.
Cappuccino adalah minuman berasaskan espreso yang berasal dari Austria dan kemudiannya dikembangkan di Itali. Cappuccino pada asasnya adalah gabungan antara espreso dan buih susu kukus.
Nama cappuccino ini berasal daripada paderi Capuchin yang merujuk kepada warna baju keagamaan mereka. Dalam konteks kopi ini, ia merujuk kepada warna minuman ini apabila sedikit susu ditambah ke dalam kopi yang dibru.
Kaedah tradisional pembuatan cappuccino Itali melibatkan satu suntikan (shot) espreso ditutupi dengan bahagian yang sama dengan susu kukus dan buih susu dengan nisbah 1:1:1. Kini, resepi ini telah diadaptasi mengikut lokaliti atau citarasa masyarakat setempat.
Dari segi makna pula, cappuccino adalah bahasa Latin yang berasal dari perkataan Caputium. Ia adalah topi atau penutup kepala yang kecil. Secara harfiahnya, nama cappuccino bermakna “Capuchin kecil“.
Nama minuman kopi ini mendapat nama bukan daripada topi atau penutup kepala tersebut tetapi daripada warna jubah bertudung yang dipakai oleh paderi ajaran Capuchin.
Bagaimana Rasa Cappuccino?
Cappuccino yang dibuat dengan baik mempunyai rasa dan tekstur yang menakjubkan. Ia mempunyai rasa kopi yang kuat dan sedikit kemanisan daripada gula laktosa yang terkandung secara semulajadi dalam susu.
Sesetengah cappuccino mungkin ditambah gula, sirap atau bahan tambahan yang lain (walaupun tidak tradisional).
Varieti
Populariti cappucino telah mewujudkan banyak varieti daripada resepi asasnya.
Beberapa varieti yang popular adalah seperti berikut:
- Iced cappuccino atau cappuccino freddo: Minuman jenis ini adalah versi sejuk bagi cappuccino yang panas.
- Wet cappuccino (turut dikenali sebagai cappuccino chiaro): Minuman jenis ini dibuat menggunakan susu panas dan susu yang kurang berbuih. Minuman jenis ini lebih berkrim dan lebih cair berbanding cappuccino tradisional.
- Dry cappuccino (turut dikenali sebagai cappuccino scurro): Minuman jenis ini mengandungi kandungan susu yang lebih rendah berbanding cappuccino yang lain. Kandungan susu kukus yang dicampurkan sedikit tetapi lebih banyak buih susu diletakkan di lapisan atas minuman ini.
- Cappuccino berperisa: Minuman jenis ini adalah antara yang paling popular. Biasanya, sirap berperisa ditambah mengikut citarasa peminumnya. Antara perisa yang popular adalah seperti vanila, coklat, karamel, rasberi, kayu manis atau pudina.
Ringkasan
Secara ringkasnya, untuk menjawab persoalan apa itu cappuccino, cappuccino adalah minuman kopi yang mengandungi espreso, susu kukus dan buih susu.
Walaupun kandungannya hampir sama dengan latte, namun cappuccino berbeza dari segi isipadu susu dan lapisan-lapisan espresso dan susu.
Rujukan
- Wikipedia.(n.d). Cappuccino. [pautan]